MATU: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Matu bertindak mengambil langkah awal mengarahkan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di Matu menjejaki penduduk yang datang dari kawasan berisiko tinggi yang tiba ke daerah berkenaan.
Langkah tersebut bertepatan dengan langkah yang dilakukan JPBB Matu susulan 12 kes positif Covid-19 dilaporkan di Daerah Matu pada hari ini menjadikan daerah itu bertukar dari zon hijau ke zon kuning.
Pegawai Daerah Matu yang juga pengerusi JPBB Matu Wan Hipni Wan Mohamad berkata tindakan awal tersebut dibuat sejak Rabu lalu bagi mengenalpasti penduduk yang tiba dari Sibu dan Dalat bermula 10 Januari lalu.
“Sehubungan itu pihak JKKK juga diminta oleh MDMD untuk membuat notis dan sekatan masuk kepada orang luar yang dibuat bersama pihak Rela.
“Sehingga kini penjejakan individu yang berisiko dilakuan di Kampung (Kpg) Jemoreng, Kpg Treng, Kampung Loba Balu, Kampung Sok, Kampung Kuala Matu, Kampung Berjaya dan Rumah Panjang (Rh) Raya, Rh Lang, Rh Mission dan Rh Lebong,” katanya ketika dihubungi Suara Sarawak sebentar tadi.
Katanya lagi penutupan beberapa premis MDMD juga dilaksana seperti di Medan Selera Matu dan Pantai Kuala Matu.
Sehingga kini, katanya tindakan pengkuatkuasaan dari pihak polis dan pihak kesihatan kini sedang dilaksanakan dari semasa ke semasa.
“Manakala pemantauan terhadap garis panduan (SOP) di kampung-kampung akan dibuat sekiranya berlaku kematian,” jelasnya lagi.
Sehubungan itu Adun Jemoreng Daruk Dr Juanda Jaya tampil mengarahkan JKKK yang telah dilatih oleh pihak Keselamaran Negeri CET untuk turut serta bersama pihak polis dan Rela bagi menjaga kampung masing-masing.
“Saya telah menghubungi pihak penghulu di Igan dan penghulu serta Ketua Kaum beberapa kampung agar menerapkan penjagaan yang ketat di semua jalan dan lorong masuk ke kampung-kampung.
Beliau juga mahu pihak JKKK tampil membantu warga emas khasnya yang bersendirian untuk membantu mendapatkan bekalan makanan kerana golongan tersebut sangat berisiko tinggi.
Tegasnya lagi bagi individu yang menjalani ujian calitan Covid-19 mereka perlu berdisiplin dalam menjalankan kuarantin kendiri sehingga 14 hari selesai kuarantin dan tidak sesekali keluar dari rumah dalam tempoh itu.

Lelaki warga emas hilang sejak awal bulan lalu ditemui meninggal dunia di ladang sawit
SERIAN: Seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang di Kampung