Lepasan SPM 2020 dipelawa mohon program perguruan

KUCHING: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan bahawa permohonan untuk mengikuti Program Matrikulasi ambilan 2021 dan Program ljazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) ambilan 2021, serta Program Penghantaran Pelajar Cemerlang (PPC) ke luar negara dibuka mulai 15 Mac hingga 15 April ini.

Menerusi KPM semalam, pihaknya mempelawa semua pelajar lepasan SPM 2020 yang memenuhi syarat untuk memohon program tersebut.

Justeru, pelajar lepasan SPM 2020 boleh memohon terus kepada KPM tanpa perlu melalui UPUOnline.

Selain itu, permohonan percuma dan pelajar berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut melalui iklan yang akan disiarkan di laman sesawang rasmi KPM www.moe.gov.my pada 8 Mac 2021.

Suara Sarawak