ARTIKEL

Anak Sarawak jadi Duta Besar Malaysia ke Peru

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Duta Besar Malaysia ke Peru yang baharu dilantik, Fenny Nuli akan berusaha meneroka lebih banyak peluang mempromosikan Malaysia dan negeri kelahirannya, Sarawak di negara Amerika Latin berkenaan, terutama di dalam bidang pelancongan.

Anak jati Sarawak dari etnik Iban itu berkata ini akan menjadi sebahagian daripada usahanya untuk menggalakkan lagi perdagangan dua hala antara kedua-dua negara, yang kini berjumlah kira-kira RM300 juta.

Beliau ditemui pemberita selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, di pejabatnya di Wisma Bapa, Petra Jaya, di sini, semalam.

Fenny, 48, yang berasal dari Sri Aman, menjawat jawatan Timbalan Ketua Misi di Pejabat Kedutaan Malaysia di Brussel, Belgium sejak 2016, sebelum melakar sejarah sebagai wanita Iban pertama dilantik menyandang jawatan sebagai Duta Besar Malaysia ke Peru.

Beliau menerima watikah pelantikannya daripada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 3 Okt lepas dan akan berlepas ke Peru, bulan hadapan.– BERNAMA

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha