Trending

Denda RM5,000 buang bayi

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Seorang gadis yang menukar pengakuan kepada bersalah menyembunyikan kelahiran dan bertindak membuang bayi yang dilahirkan ke dalam longkang didenda RM5,000 atau sembilan bulan penjara semalam.

Mahkamah majistret Zaiton Anuar mengarahkan tertuduh berusia 21 tahun dibebaskan dengan denda setelah menilai cadangan dari pegawai kebajikan yang mengesyorkan mahkamah berbuat demikian setelah meneliti bahawa umur tertuduh sudah menjangkau 21 tahun.

Zaiton ketika menjatuhkan hukuman berpendapat tertuduh menyesali perbuatannya dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan pada masa akan datang.

Tertuduh berasal dari Bandar Baru Samariang ditangkap polis ketika mendapatkan rawatan di Hospital Umum Sarawak setelah melahirkan bayi berkenaan.

Seorang doktor yang bertugas merawat gadis berkenaan memaklumkan kepada polis bahawa gadis itu cuba menyembunyikan kelahiran bayi sekitar jam 11 pagi walaupun mengalami pendarahan serta tanda-tanda melahirkan anak.

Namun penafiannya terbongkar apabila mayat seorang bayi perempuan ditemui di dalam longkang di Bandar Baru Samariang pada jam 7 malam tidak jauh dari tempat tinggal suspek.

Mayat bayi telah dihantar ke HUS untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun serta denda.

 

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

26 November 2023

Berita Terbaru