ARTIKEL

Dua polis wanita jadi bidan terjun

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA SAMARAHAN: Dua polis wanita berjaya membantu seorang wanita melahirkan seorang bayi perempuan dengan selamat di Sekatan Jalan Raya (SJR) Jalan Expressway Kuching-Samarahan, semalam.

Aksi mencemaskan itu berlaku kira-kira jam 11.50 malam selepas sebuah kenderaan secara tiba-tiba berhenti sebelum seorang lelaki keluar daripada kenderaan itu dan mendapatkan pertugas di SJR untuk membantu isterinya yang hendak bersalin.

Mengulas kejadian, Lans Koperal Noor Fatihah Azelam berkata beliau bersama seorang lagi anggota polis wanita yang berada di SJR itu sempat menyambut bayi yang sudahpun keluar namun masih melekat di kangkang ibunya yang masih berada di dalam kereta.

Menurutnya, kejadian berlaku ketika kenderaan yang dinaiki oleh pasangan tersebut dalam perjalanan dari Semera Asajaya hendak ke Hospital Umum Sarawak.

Biarpun tidak berpengalaman menangani kejadian seperti itu sebelumnya, beliau hanya membantu sebaik mungkin dengan mengangkat bayi itu dan membuka lilitan tali pusat sebelum membalut bayi itu menggunakan tuala kecil bersih milik rakan setugas.

“Bayi menangis sejurus dikeluarkan dari kenderaan dan disahkan selamat.

“Sejurus kemudian ibu dan bayi tersebut telah dibawa ke Hospital Umum Sarawak (HUS) oleh pasukan ambulans yang telah dipanggil oleh bilik gerakan,” katanya lanjut.

Terdahulu, Fatihah bersama seorang lagi rakan setugas iaitu Koperal Perakson Jennie merupakan petugas SJR wanita yang berada di lokasi ketika kejadian.

Insiden terbabit turut disahkan oleh Ketua Polis Daerah Samarahan Deputi Superintendan Sudirman Kram.

BERITA LAIN

Potensi ekonomi pelancongan kulinari, gastronomi

KUCHING: Gastronomi melalui inovasi kepelbagaian kulinari tradisi tempatan merupakan salah satu medium yang mampu menyokong pertumbuhan ekonomi mampan Sarawak di peringkat dunia. Timbalan Menteri Pelancongan,

BERITA TERBARU

Gara-gara panik, suri rumah rugi sekitar RM100,000

KOTA SAMARAHAN: Seorang suri rumah mengalami kerugian sekitar RM100,000 selepas terpedaya dengan panggilan penipuan oleh individu yang menyamar sebagai anggota polis. Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk