Pembantu pergigian maut dalam nahas jalan raya

PRN Sarawak: DUN Tellian tampilkan calon belia

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

MUKAH: Gabungan Parti Sarawak (GPS) menampilkan calon baharu dan muda bagi kerusi Dun Tellian pada PRN-12 ini dengan menyaksikan Royston Valentine, 35, dipertaruhkan.

Royston antara 24 calon muka baharu, sekali gus mengakhiri teka-teki senarai penuh 82 calon GPS yang bakal bertanding pada pilihan raya kali ini.

Difahamkan kini beliau berada di Kuching dan sudah menerima watikah pelantikan pada tengah hari tadi.

Ini merupakan kali pertama GPS meletakkan calon beliau berusia 35 di Dun Tellian, sebaris dengan calon muda lain iaitu Azizul Annuar Adenan, 30, di Tanjung Datu dan Dayang Noorazah Awang Sohor 33, di Lingga.

Terdahulu, dalam PRN ke-11, kerusi Tellian dimenangi oleh Yusibnosh Balo dengan majoriti 5,087 mengalahkan Asini @Hasni Yahya dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan jumlah 666 undi.

Anak jati Melanau dari Kampung Petanak itu merupakan antara pengasas Pusat Kegiatan Mukah dan bergerak aktif dalam aktiviti kemasyarakatan sejak 2007 sehingga kini.

Royston juga pernah dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Belia Negeri Sarawak (Kategori Lelaki) pada tahun 2017 oleh Kementerian Pelancongan Kesenian Kebudayaan Belia dan Sukan Sarawak.

Diikuti pada tahun 2018 merangkul Anugerah Perdana Belia Negara Peringkat Negeri Sarawak (kategori individu lelaki) oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia atas peranan beliau dalam program kesukarelaan.

Baru-baru ini beliau telah diberi kepercayaan Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) bagi jawatan Naib Presiden FAS atas penglibatannya dalam Pasukan Mukah FA (MuFA) sebagai pengurus pasukan.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

27 Mac 2023

Berita Terbaru