SUFC tidak mahu tercicir mata

SKUAD Sarawak United FC (SUFC) tidak rela tercicir sebarang mata menjelang pertemuan dengan Johor Darul Ta’zim II (JDT II) di Stadum Hang Jebat, Melaka malam ini (10.00 malam).

Skuad kendalian E. Elavarasan tersebut cuba berusaha untuk memanfaatkan sebaik mungkin peluang beraksi di laman sendiri.

Penolong Jurulatih, Safri Amit berkata, kemenangan adalah fokus utama pada perlawanan malam ini. Beliau mengakui, misi ke arah itu bukan suatu yang mudah kerana pasukan lawan turut menyimpan keinginan sama.

“Kemenangan menjadi fokus kami untuk perlawanan malam ini. “Saya percaya pemain lebih arif apa yang harus dilakukan,” katanya kepada Arena Suara Sarawak semalam.

Safri berkata, kemenangan yang diperolehi mampu membawa perubahan kedudukan di tangga teratas mengambil perbezaan satu mata dengan pesaing terdekat (Negeri Sembilan FC). Dalam pada itu, Safri bersama bosnya (E. Elavarasan) memperkemaskan jentera disegenap posisi semasa latihan untuk tempoh seminggu ini.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 01 Mei 2021

Suara Sarawak