Vaksin Covid-19: K’jaan S’wak dapat lampu hijau

KUCHING: Kebenaran untuk Kerajaan Sarawak membeli sendiri vaksin Covid-19 merupakan satu berita baik, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Dr Sim Kui Hian.

Menurutnya, Kerajaan Sarawak sudah beberapa kali menyatakan hasrat kepada Kerajaan Persekutuan untuk membeli sendiri dos vaksin tambahan berikutan pada waktu ini kekurangan bekalan serta akses kepada bekalan.

“Malah Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg sudah memberikan peruntukan dan ia sudah di dalam akaun Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS),” katanya semalam.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar bahawa Kerajaan Persekutuan boleh memberi kebenaran kepada kerajaan negeri untuk membeli sendiri vaksin.

Menurut Kui Hian, JPBNS akan terus bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mendapatkan lebih banyak dos vaksin melalui kuota kebangsaan. “Sama ada membeli melalui KKM atau alternatif lain yang diluluskan Kerajaan Persekutuan bagi melancarkan program imunisasi Sarawak.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 18 Mac 2021

Suara Sarawak