MUKAH: Pandemik Covid-19 dan kesibukan menyambut bulan Ramadan tidak membataskan para nelayan di sini untuk meneruskan kegiatan mereka mencari rezeki di laut.
Apabila cuaca dalam keadaan baik, mereka akan bergerak ke laut untuk menangkap ikan. Selain itu, Daerah Mukah juga terkenal dengan tangkapan hasil laut dan hanya pada musim tengkujuh, hasil tangakapan berkurangan.
Justeru, sama ada mitos atau kebetulan, selepas sahaja Pesta Kaul, pekan ini pasti akan dibanjiri pelbagai jenis tangkapan laut yang segar.
Menurut sejarah budaya Melanau, Kaul merupakan satu ritual tradisi sebagai cara untuk menyatakan kesyukuran serta memohon pertolongan daripada ‘ipok-ipok’ agar laut dan darat dilimpahi rezeki yang berterusan sepanjang tahun.
Perayaan Kaul disambut pada bulan April iaitu musim transisi, antara musim tengkujuh dengan panas setiap tahun.
….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 11 Mei 2021