HSL berbuka puasa bersama pengamal media di Sarawak.

Joshua ungguli kategori elit lelaki Piala Triatlon Asia (ATC) 2022

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
JUARA…Joshua Ferris berjaya menamatkan saingan sehingga ke garisan penamat

KUCHING: Atlet Australia, Joshua Ferris mencipta kejutan apabila menjuarai kategori elit lelaki Piala Triatlon Asia (ATC) 2022 yang berlangsung di Silverlake Village Outlet, Batu Gajah Perak, semalam (26 November).

Atlet bukan pilihan berusia 21 tahun itu membuktikan kehebatannya dalam mengungguli tiga disiplin sukan – renang, berbasikal dan larian sebelum melintasi garisan penamat dengan catatan 53 minit dan 53 saat.

Kejayaannya sekali gus meninggalkan dua pencabar terdekat dari Hong Kong, Wong Tsz To dan Yu Shing Him yang masing-masing berada di tempat kedua dan ketiga.

“Ia satu persaingan yang cukup mengujakan sejak awal perlumbaan lagi, bermula dalam disiplin renang. Setiap atlet masing-masing cuba untuk mendapatkan momentum terbaik apabila mula terjun ke tasik.

“Bagi diri saya pula, saya juga sebegitu. Tetapi pada awal persaingan, saya tidak terlalu mahu ‘menekan’ bagi mengelak kehilangan tenaga. Saya hanya cuba kekal dengan rentak dan berada dalam kelompok peserta di depan.

“Apabila memasuki disiplin kedua (berbasikal) dan terakhir (larian), saya mula mempercepatkan tempo. Walaupun mendapat cabaran hebat daripada atlet lain, saya cuba kekal berada di depan sehingga akhir saingan,” katanya.

Beliau turut mengakui bersedia untuk kembali ‘menggegarkan’ Silverlake Village Outlet sekiranya ATC yang dianggap kejohanan triatlon berprestij di rantau Asia dianjurkan di negara ini tahun depan.

“Saya harus memberikan kredit kepada pihak penganjur (Persatuan Triatlon Perak dan Persatuan Triatlon Malaysia) atas penganjuran ATC ini. Ia satu penganjuran yang hebat apabila dapat menghimpunkan ramai peserta terbaik di Asia,” katanya.

Sementara, bagi kategori elit wanita, atlet Jerman, Celine Kaiser muncul juara dengan catatan masa 1:00:52s, manakala Olivia Thornbury dari New Zealand dan Manami Hayashi (Jepun) masing-masing berada di tangga kedua dan ketiga.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

30 Mac 2023

Berita Terbaru