HSL berbuka puasa bersama pengamal media di Sarawak.

Kuching dan Beluru catat kluster baharu libatkan komuniti

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Foto fail

KUCHING: Sebanyak dua kluster baharu melibatkan komuniti diisytiharkan di Sarawak hari.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), kluster pertama adalah Kluster Jambatan Lemua yang melibatkan dua buah rumah panjang di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Seputi, Bakong, Beluru.

“Manakala Kluster Kampung Git pula dikesan melibatkan beberapa buah keluarga di sebuah kampung di Kilometer 27, Off Jalan Puncak Borneo,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sementara itu, JPBN memberitahu dua lagi kluster diisytiharkan tamat iaitu Kluster Jalan Masket di Sebauh dan Kluster Ulu Teru di Beluru.

Tambah JPBN, ini menjadikan sebanyak 84 kluster masih aktif di Sarawak dengan 13 daripadanya merekodkan penambahan 55 kes hari ini.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

30 Mac 2023

Berita Terbaru