Restoran Puzzle saji pelbagai menu istimewa pakej bufet Ramadan

Mandat untuk misi 2030

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

“Saya telah diamanahkan untuk menjaga rakyat di Sarawak…mentadbir dan mengangkat martabat negeri dianggap satu bentuk ibadah. Sekiranya seorang pemimpin mempuynyai integriti dan menjalankan amalan tadbir urus yang baik, insya-Allah negeri kita akan menjadi negeri maju menjelang 2030 ” —Datuk Abang Johari Tun Openg

BERCAKAP… Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

PILIHAN RAYA NEGERI KE-12 sudah bermula susulan penamatan Proklamasi Darurat bagi Sarawak pada 3 November 2021 sekali gus memberi laluan kepada pilihan raya bagi mengembalikan mandat rakyat.

Dewan Undangan Negeri Sarawak sepatutnya terbubar pada 7 Jun lalu, dan PRN dikehendaki diadakan dalam 60 hari dari 2 Ogos mengikut Fasal (4) Perkara 21 Perlembagaan Negeri Sarawak.

Ikuti petikan temu bual Ketua Menteri merangkap Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) Datuk Abang Johari Tun Openg mengenai perjalanan beliau memimpin Sarawak, cabaran pandemik Covid-19 serta impian untuk mencapai misi 2030.

Hampir lima tahun menjadi Ketua Menteri, bagaimana Datuk Patinggi melihat perjalanan sejauh ini?

ABANG JOHARI: Alhamdulillah, apabila saya mengambil alih daripada Allahyarham Pehin Sri Adenan Satem, sebenarnya saya menyatakan kepada diri bahawa saya akan meneruskan usaha yang telah dirancangkan beliau.
Tambahan pula waktu itu, kita baharu memenangi Pilihan Raya Negeri Ke11 (PRN-11) malah saya salah seorang daripada pasukan Tok Nan.

Apa yang kita janjikan dalam manifesto PRN tersebut, apa yang telah kita kupas bersama-sama menjadi agenda pembangunan.

Justeru, walaupun Tok Nan sudah tiada, saya tetap meneruskan usaha tersebut tetapi terpaksa mengubah sedikit haluan dasar dari sudut ekonomi.

Saya nampak bahawa sepanjang pengalaman saya di dalam kabinet Sarawak iaitu kira-kira 40 tahun, negeri kita mempunyai satu pendekatan yang baik dan juga sumber yang boleh kita tambah nilai.

Dan untuk kita membangunkan seluruh negeri khasnya masyarakat di luar bandar walaupun kita sudah lebih 40 tahun merdeka, saya nampak bahawa kita tidak mempunyai keperluan asas yang merupakan satu keutamaan yang harus kita beri kepada rakyat seperti bekalan air dan elektrik selain pendidikan yang baik.

Satu lagi adalah infrasktruktur yang boleh menghubungkan kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk, semua ini harus kita tingkatkan.

Perkara kedua, masa depan anak Sarawak mestilah cerah, ekonomi yang kita bangunkan hendaklah dapat mengisi keperluan generasi kita yang sudah mempunyai pelajaran.

Ini kerana jika kita ada mengeluarkan bijak pandai, tetapi ekonomi masih di bawah, mereka tidak dapat berkhidmat dalam negeri ini. Sebab itu kita nampak banyak anak Sarawak bekerja di luar negeri.

Ini adalah dua dasar pokok, sebab itu pada tahun 2017 saya terus lancarkan dasar ekonomi digital dan keduannya saya terus tubuhkan beberapa institusi strategik bagi kita memajukan ekonomi ke tahap yang telah saya katakan tadi.

Bermakna daripada 2017 hingga ke hari ini, saya nampak bahawa perancangan besar saya telah dapat saya laksanakan asasnya.

Di samping itu, sudah tentu ia memerlukan peruntukan dengan kita mempunyai fleksibiliti dari sudut dana untuk membangunkan apa yang telah saya sebutkan tadi.

Sebab itu dalam masa sama saya melihat apakah peruntukan yang ada di dalam perlembagaan kita yang akan memberikan kelebihan kepada Sarawak dan ini telah saya laksanakan.

Maka kita ada dana untuk diterjemahkan kepada impian negeri ke satu keadaan yang lebih baik dan inilah apa yang telah berlaku dalam beberapa tahun ini.

.

Apakah harapan utama Datuk Patinggi, apabila buat pertama kali menerajui GPS untuk Pilihan Raya Negeri Ke-12 ini?

Kita melihat masa depan, rakyat akan menilai apa yang kita buat dan juga apa impian mereka untuk masa depan. Di bawah kepimpinan saya telus dan fokus membangunkan negeri.

Memang dalam amalan demokrasi, sudah tentu ada mereka yang juga berhak untuk bertanding dan saya serahkan kepada rakyat, hanya janganlah Sarawak terumbang ambing, kerajaan mestilah kuat.

Ketika ini, kita pun telah membantu kerajaan pusat menjadi stabil, walaupun bukan ahli BN tapi kita menyokong kerajaan kerana negara berkehendakkan kerajaan.

Walaupun ketika ini masih ada masalah, saya serahkan kepada mereka tetapi apa yang penting, Malaysia sebagai sebuah negara membangun, ia mesti menuju ke arah masa depan yang baik untuk generasi Malaysia yang baru.
Dalam konteks ini, biarlah kita Sarawak jaga diri dengan kekuatan dan sumber yang ada.

Saya nampak apabila Sarawak mempunyai sistem pentadbiran dan juga ekonomi yang mantap maka ia akan menjadi satu tarikan.

Semua orang sedia maklum bahawa PRN-12 diadakan beberapa minggu sahaja lagi dalam situasi pasca-Covid-19 yang kebanyakan kempen dijalankan secara maya.

Bagaimana Datuk Patinggi melihat perkara ini?

Kita ikutlah prosedur operasi standard (SOP). Bagi kami dalam GPS, kami yakin kerana rakyat akan menentukannya.

Apakah asas keyakinan bahawa GPS akan mendapat sokongan rakyat?

Pertamanya ialah rakyat berkehendakkan kestabilan. Kedua, ialah dasar sosial dan ekonomi yang boleh menjaminkan masa depan.

Ketiga, ialah pentingnya perpaduan dalam masyarakat kita yang berbilang kaum dan agama.

Kami dalam GPS akan mengamalkannya sebagai dasar.

Apa pentingnya mandat untuk Datuk Patinggi sendiri?

Saya tidak ada kepentingan sendiri, sebab itu banyak orang kata ini mandat Adenan, saya kata betul tapi saya adalah pasukan Adenan. Bermakna kalau diberi mandat, ini pun bukan mandat saya tapi mandat rakyat Sarawak.

Saya pemimpinnya, saya memimpin dan rakyat akan memberi mandat kepada rakyat Sarawak sendiri untuk menuju ke arah tahun 2030.

Setidak-tidaknya sudah ada tanda-tanda rakyat kita melihat dasar begini dapat diterima apabila melihat profesional kita sudah balik, dan tahap ekonomi kita akan meningkat kepada tahap ekonomi moden dalam era yang moden dan suasana global.

Saya nampak kita sudah menuju ke arah sedemikian.

Datuk Patinggi meletakkan Sarawak negeri maju menjelang 2030, apakah cabaran utama yang dihadapi setakat ini selain daripada kewangan?

Saya rasa kita tidak mempunyai banyak halangan, hanya respons rakyat itu sendiri sama ada dapat menerima satu lonjakan yang begitu tinggi dalam kita mengubah ekonomi negeri. Maka apabila saya lancarkan ekonomi digital, banyak orang agak skeptikal tetapi saya yakin bahawa kalau tidak dicuba, kita tidak akan tahu untuk mengubahnya begitu juga dengan kedudukan masyarakat kita.

Sebab itu infrastruktur digital yang menjadi masalah kerana ia mengambil masa antaranya dalam membangunkan menara serta hendak seiring dengan teknologi terkini.

Malah pada waktu sekarang tidak banyak berkait dengan fiber optik, tetapi lebih kepada perkomputeran awan dan teknologi ini berubah begitu cepat.

Inilah kekangan kita dari sudut aset, tetapi saya rasa setakat ini apabila saya menubuhkan Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) kita ada pengkhususan dalam hendak mencari aset atau peralatan serta teknologi baharu bagi kita memperkenalkan digital ekonomi.

Aspirasi untuk tahun-tahun akan datang?

Prinsip dan konsep pembangunan telah saya buat pada tahun 2017 hingga 2020, manakala bermula 2021 hingga 2025 adalah masa untuk kita melaksanakan semua ini termasuk jalan raya, bekalan elektrik dan air. Saya nampak Skim Elektrik Luar Bandar Alternatif Sarawak (Sares) sangat berkesan dan mengikut angka yang telah diberikan oleh Sarawak Energy Berhad (SEB), mungkin kita boleh mendapatkan bekalan elektrik ke rumah panjang serta kampung pada tahun 2023 berbanding 2025 disebabkan teknologi yang ada sekarang.

Begitu juga dengan bekalan air yang saya nampak pada 2023 atau 2024 dapat laksanakan. Kalau asas berkenaan sudah ada, bermakna masyarakat di luar sana yang berkecimpung di dalam apa sahaja sektor sama ada pertanian, pelancongan, perkhidmatan dapat memainkan peranan dalam perubahan ekonomi kita.

Jadi 2021 merupakan tahun pertama kita melaksanakan semua projek ini hingga tahun 2025.

Di samping itu pada masa yang sama kita menyediakan tenaga kerja dan pembangunan bakat yang akhirnya di antara tahun 2025 hingga 2030 kita menuju ke arah apa yang telah kita impikan.

Dengan perancangan tersebut, mungkin 2030 akan tiba lebih awal daripada yang kita rancang?

Saya tidak berani cakap kerana saya percaya kita jangan takbur. Tetapi kita hendaklah merancang dengan bijak, kerana saya nampak kalau dirancang dengan bijak mungkin ia dapat dicapai lebih awal dan ekonomi Sarawak menjadi pusat keberkesanan kepada negara Malaysia kerana kita mempunyai sumber dan bakat.

Bermakna ini sudah menjadi satu daripada tarikan dan pelabur akan datang dan mungkin akan melihat kawasan yang dapat atau boleh mereka bangunkan serta mengeluarkan barangan yang dapat diterima oleh pasaran tempatan.

Malah lokasi kita strategik, kalau kita mempunyai dasar yang sedemikian, pelabur akan secara automatik datang. Apa yang perlu sekarang adalah kerjasama pembangunan bakat kita dengan institusi pembangunan tinggi.

Saya sangat yakin kalau Sarawak dapat menarik minat pelaburan, kita akan menjadi satu kawasan di negara Malaysia yang boleh mengembangkan ekonomi negara.

Jadi untuk memungkinkan itu tercapai, apa nasihat atau seruan Datuk Patinggi khususnya untuk golongan muda?

Satu, kita mesti mempunyai kestabilan serta politik yang kukuh kerana jika wujud suasana yang menyebabkan orang sangsi kita tidak dapat menarik mereka datang.

Kedua adalah generasi muda yang mempunyai kepakaran dalam bidang-bidang baharu dan sekarang ini saya rasa ia sudah berlaku.

Contohnya, Sarawak Metro yang akan mula membangunkan pembangunan Transit Aliran Automasi (ART) kita.

Malah banyak anak Sarawak yang bekerja di luar negara balik sudah. Kalau kita tidak ada pendekatan untuk menaikkan taraf pengangkutan awam, mereka ini tidak akan datang.

Begitu juga dengan Sarawak Petchem yang menyaksikan banyak anak muda kita yang bekerja dengan Petronas, Shell kini kembali dan bekerja dengan syarikat berkenaan.

Ketiga saya nampak pertanian kita juga telah menarik mereka di dalam bidang tersebut kerana mereka nampak sektor ini membawa pulangan ekonomi yang besar. Ini bermakna sistem ekonomi kita sudah meningkat dan orang sudah tentu tidak bekerja di Sarawak jika sistem kita masih di bawah.

Dan pelaburan asing umpama digital ekonomi, kalau kita dapat menarik pusat data ke sini, tentu sekali mereka yang ada belatar belakang siber analatik, data analitik, pakar program malah sektor perbankan akan balik bekerja dengan kita.

Bermakna apa yang perlu ekonomi moden untuk kita memberi peluang kepada orang muda kerana pelajaran mereka ini lain daripada kita dahulu.

Saya nampak masa depan kita begitu cerah dan kalau bercakap mengenai kestabilan politik. Seperti moto saya dan kerajaan ‘Sarawak for all, all for Sarawak’.

Jadi menjelang 2030, kita akan dapat menghapuskan kemiskinan?

Saya merasakan kemiskinan tidak dapat dihapuskan kerana definisi kemiskinan ini banyak, adanya kemiskinan bandar, miskin daripada ilmu, miskin disebabkan malas.

Saya melihat kemiskinan ini satu matrik, tetapi asalkan mereka ada pekerjaan, ada pendapatan. Sebab ia sangat subjektif. Tujuan saya secara ekonomi, miskin ialah kalau anda tidak ada aset, tetapi kalau ada aset, adakah itu ditakrif miskin? Kerana dalam buku akaun, mesti ada aset dan liabiliti. Kalau dari sudut wang tunai tidak banyak, tapi ada tanah, bolehkan ini ditakrifkan sebagai miskin?

Bagaimana Datuk Patinggi melihat konsep Sarawakku Sayang mencapai sasaran?

Sarawakku Sayang ini sebenarnya rakyat Sarawak hendaklah melihat apa yang ada di negeri kita dan bagaimana kita hendak membangunkan negeri kita.

Umpamanya dasar ekonomi digital waktu kita menghadapi Covid-19, kita nampak sudah bersedia secara spontan bagi menghadapi masalah ekonomi masyarakat kita, bekerja, berniaga secara dalam talian, semuanya secara dalam talian.

Bermakna konsep Sarawakku Sayang ini termasuklah bantuan, serta pembangunan luar bandar dan dalam bandar. Dalam bandar ini merangkumi pengangkutan awam, kerana kita boleh membangunkan perumahan.

Dan perumahan pula, dasar kita sekarang orang boleh meminjam untuk membeli rumah dari Mutiara Mortgage, faedah 1 peratus sahaja. Oleh sebab kita ada dana, jadi kita gunakan untuk bantuan dalam kita menyediakan perumahan yang dapat dibeli oleh masyarakat kita yang berpendapatan rendah. Jadi ini satu daripada usaha Sarawakku Sayang.

Adakah Datuk Patinggi bersedia dengan dengan mandat baharu pada PRN-12 ini?

Seperti saya katakan, saya tidak ada kepentingan peribadi. Apa sahaja yang saya ada, saya sumbangkan kepada negeri. Terpulang kepada rakyat melihat dan menilai sumbangan saya sebagai Ketua Menteri atau pun sebelum itu ketika menjadi menteri biasa. Apabila saya menjadi Menteri Industri, saya yang pertama yang membawakan pelaburan ke Sarawak iaitu di Samajaya, Kemena dan juga Sejingkat.

Selepas itu saya ditukar ke pelancongan, kita mendapat penerbangan terus ke Perth dan Jerman. Lepas itu, saya ditukar ke perumahan.

Saya telah menghidupkan Sibu Jaya daripada sebuah kawasan yang hidup segan, mati tidak mahu kepada rumah mesra.

Kemudian jadi lagi Menteri Pelancongan dan Perumahan. Ini sumbangan sayalah hingga ke hari ini. Jadi saya serahkan kepada rakyat untuk menilai.

Berita Berkaitan

E-Paper

22 Mac 2023

Berita Terbaru

Ubah status maklumat

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden menandatangani rang undangundang