ARTIKEL

Peluang pemain muda SU FC II

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pengurus Sarawak United FC II (SU FC II), Phillip Jabu menegaskan, kredit berganda menanti skuad senior (SU FC) dalam mengharungi kempen Liga Super 2022.

Ia berikutan ada pemain skuad pelapis berbakat serta berpotensi untuk diserap ke dalam skuad berwajah baharu itu kelak.

“Ada beberapa pemain muda berpotensi untuk dinaik pangkat atau diserap ke dalam pasukan sang abang (SU FC) musim depan.

“Mereka berbakat dan saya percaya pemain terbabit mampu menyerlah ,” ujar Phillip kepada Arena Suara Sarawak.

Menurut Phillip, beliau akan mengemukakan nama-nama pemain terbabit kepada jurulatih skuad senior dalam masa terdekat.

Segalanya terpulang kepada keputusan atau penilaian oleh barisan kejurulatihan terbabit.

Baru-baru ini Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah membatalkan saingan Liga Piala Presiden 2022 dan Piala Belia 2021.

Sekali gus, menyaksikan hanya pemain yang masih berumur bawah 21 tahun dikekalkan dalam skuad untuk persiapan menghadapi kempen Piala Presiden 2022 dan Sukan Malaysia (SUKMA) yang akan berlangsung di Johor tahun depan.

BERITA LAIN

Rossi berang keputusan pengadil

JURULATIH Hungary, Marco Rossi mengkritik keputusan membenarkan gol pembukaan Jerman ketika pasukannya tewas 0-2 kepada tuan rumah Euro 2024 di Stuttgart. Jamal Musiala memberikan Jerman gol

BERITA TERBARU