KUCHING: Pergerakan orang awam ke pusat mengundi di SK Sungai Maong Hilir masih terkawal meskipun didatangi pengundi secara bergilir-gilir.
Orang awam yang datang kelihatan bersemangat untuk menunaikan tanggungjawab masing-masing di pusat mengundi yang telah dibuka seawal jam 7.30 pagi tadi.
Golongan warga emas juga tidak ketinggalan turut hadir menunjukkan semangat dalam menunaikan tanggunjawab mereka.
Kira-kira seramai 1,554 jumlah keseluruhan pengundi yang akan mengundi di tempat ini.