DALAT: Bermula hari ini selama 14 hari Kampung Sungai Ud Dalat akan dilaksanakan Sekatan Pergerakan Penuh (Total Lockdown).
Itu jelas Ketua Polis Daerah Dalat DSP Saga Chungat yang turut memberitahu terdapat lima sekatan jalan raya akan dibuat di seluruh Kampung Sungai Ud tersebut.
Katanya langkah tersebut diputuskan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) semalam.
“Tindakan ini penting bagi membolehkan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) membuat Pengesanan Kes Aktif (ACD) Covid-19.
“Selain bagi mengelakkan penularan berlaku dan dapat memutuskan rantaian Covid-19 dengan lebih efektif,” katanya ketika dihubungi Suara Sarawak hari ini.
Sehubungan itu lebih 40 anggota penguat kuasa yang terdiri dari pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM), RELA dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) akan menjalankan operasi tersebut.
“Pergerakan bagi orang awam adalah dihadkan untuk masa ini dan kes-kes kecemasan adalah dibenarkan.
“Manakala semua Perkhidmatan Penting (Essential Services) adalah dibenarkan beroperasi.
“Kita turut menyeru semua penduduk kampung untuk sentiasa bersabar dan memberi kerjasama dengan semua agensi yang terlibat, kita jaga kita,” katanya lagi.
Pada Selasa (26 Januari 2021) Dalat bertukar dari zon jingga ke zon merah setelah mencatatkan pertambahan kes berturut-turut untuk tempoh 14 hari.
Kini ujian calitan Covid-19 terhadap penduduk Kampung Sungai Ud turut dilakukan di Balai Raya Sungai Ud bagi mengenal pasti kontak rapat individu positif Covid-19.

Jurulatih baharu Sarawak United FC
KUCHING: Presiden Sarawak United FC, Datuk Posa Majais memberi bayangan