SMK Dalat mewakili Sarawak ke Pertandingan Keceriaan Hari Kebangsaan 2019 kategori Pintu Gerbang

DALAT: SMK Dalat bakal mewakili Sarawak dalam Pertandingan Keceriaan Bulan Kebangsaan 2019 bagi kategori Pintu Gerbang yang merupakan anjuran Jabatan Penerangan Malaysia bersempena dengan sambutan Bulan Kebangsaan 2019.

Sehubungan itu, pihak sekolah kini berusaha untuk meneruskan dan memperbaiki tahap keceriaan sekolah termasuklah memperindahkan lagi pintu gerbang yang telah dihasilkan sejak sebulan yang lalu.

Pengetua Sekolah SMK Dalat, Magdaline Jon memberitahu pihaknya kini memerlukan sumbangan bahan terpakai terutamanya botol kosong serta cat dan penyembur cat tin untuk kerja-kerja meningkatkan lagi tahap keceriaan pintu gerbang.

“Kami akan mewakili negeri Sarawak bagi Pertandingan Keceriaan Bulan Kebangsaan 2019 bagi kategori Pintu Gerbang dan akan dinilai dalam masa dua minggu yang akan datang.

“Kini sekolah telah berusaha mendapatkan cat dan penyembur cat tin untuk menambah baik tahap keceriaan bulan kebangsaan sekolah ini, terutama di bahagian pintu gerbang dan suasana sekolah,” katanya ketika dihubungi Suara Sarawak.

Tambahnya cat dan penyembur cat tersebut diperlukan untuk menghasilkan arca termasuklah botol-botol terpakai yang amat diperlukan kini.

“Sekiranya ada pihak ingin menyumbang dan mahu menaja sekolah untuk memperindahkan lagi suasana sekolah bersempena dengan Pertandinagn Keceriaan ini sama ada dalam bentuk bendera, fishtail jalur gemilang, dan sebagainya kami amat mengalu-alukan dan berterima kasih. Ini kerana kita memerlukan segara bahan -bahan ini sebelum sekolh dinilai pada hari kejadian,” jelasnya.

Ujarnya lagi penglibatan julung kali dalam pertandingan berkenaan dan seterusnya terpilih untuk mewakili Sarawak merupakan satu berita gembira buat semua warga sekolah.

Manakala bagi Mohd Ashraf Abu Bakar, guru yang bertanggungjawab membina pintu gerbang dari bahan kitar semula menjelaskan tempoh dua minggu diperlukan untuk menyiapkan muka depan pntu masuk sekolah tersebut.

“Dalam menyiapkan pintu gerbang tersebut, semua usaha dari pelajar dan banyak menyumbang kepada terhasilnya pintu gerbang hari kebangsaan tersebut.

 

Bahan-bahan iaitu botol terpakai banyak disumbangkan oleh guru-guru dan pelajar-pelajar, manakala kita turut tidak ketinggalan menyerlahkan elemen tempatan iaitu budaya Melanau melalui tiga Terendak yang kita letak di bahagian atas,” katanya.

Menerusi Terendak tersebut ia berfungsi sebagai simbol kepada Melanau, dan tiga Terendak ini kita memang tempah dari luar khas untuk pintu gerbang tersebut, ujarnya.

Orang awam yang ingin membantu SMK Dalat yang bakal mewakili Sarawak untuk pertandingan ini, mereka amat dialu-alukan untuk menyumbangkan jalur gemilang serta bahan terpakai botol termasuklah cat untuk pihak sekolah bagi menjayakan pertandingan tersebut.

Pengetua SMK Dalat Magdaline Jon
Mohd Ashraf Abu Bakar

Suara Sarawak