Tiga projek RTP 2020 Sematan

SEMATAN: Melalui Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) 2020 cadangan untuk membina baru Tandas Awam di Kampung Telok Serabang dan naiktaraf jeti dan Ramp di Kampung Pugu ( Eko Pelancongan) akan diadakan.

Bina Baru Tandas Awam Kampung Telok Serabang dalam cadangan RTP 2020 dengan kos RM 100 ribu dan Naiktaraf Jeti dan Ramp Kampung Pugu dengan kos RM600 ribu daripada RTP 2019 sudah dalam proses cabutan undi.

Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak (ADUN) N3 Tanjong Datu berkata ianya akan memudahkan pelancong yang datang mengunjungi Telok Serabang dan Pugu bila kemudahan semua disediakan. Ini selari dengan visi untuk menjadi kan Lundu sebagai Bandar Pantai Semulajadi (Towards Making Lundu Natural Beach City)

Beliau berkata demikian ketika program lawatan dan tinjauan bersama Timbalan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Negeri Sarawak Datuk Sabastian Ting Chiew Yew pada Isnin.

Lawatan bermula ke Telok Melano dan berjalan melihat persekitaran Kampung Telok Melano. Lawatan ke Taman Negara Tanjong Datu terpaksa dibatalkan kerana hujan lebat.

Beliau kemudiannya bersama Datuk Sebastian Ting makan tengahari di Telok Serabang.

Lawatan dan tinjauan diteruskan ke Waterfront dan jeti Sematan dan seterusnya melihat jeti dan Ramp Kampung Pugu yang akan di naiktaraf.

Datuk Sebastian Ting kemudiannya di jamu oleh YB Datin Patinggi Datuk Amar Hajah Jamilah Hj Anu dengan minum air kelapa dan bandung rebus bersama sambal goreng dan ikan masin di Pantai Pugu.

Hadir sama, Pegawai Daerah Lundu, Encik Gustian Hj Durani. Setiausaha Majlis Daerah Lundu, Puan Norashikin Brahim. Penghulu Rabiel Bujang Ili dan Ketua Pergerakan Wanita PBB N3 Tanjong Datu, KR Fatimah Abdullah.

Suara Sarawak