KUCHING: Dalam tempoh setahun yang lalu, kerajaan komited dalam memacu pembangunan sosioekonomi di setiap negeri dan pastinya tumpuan diberi kepada Sarawak.
Perdana Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, bagi pelan boleh pinda pertama (RP1) 2021 Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12), sebanyak 781 projek pembangunan diluluskan dengan peruntukan sebanyak RM4.5 bilion khususnya Sarawak bagi pelaksanaan projek di bawah pelbagai kementerian dan agensi.
“Antara projek pembangunan utama yang sedang dilaksanakan di negeri ini ialah seperti projek Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak, projek naik taraf Lapangan Terbang Mukah dan projek Pembangunan Hab Halal Tanjung Manis Fasa 1A.
“Selain itu, projek sosial seperti Program Rumah Mesra Rakyat (RMR) dan Pembinaan Hospital di Petra Jaya, Sri Aman serta Lawas juga giat dijalankan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan sesi balai rakyat Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 di BCCK di sini semalam.
….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 02 Apr 2021