ARTIKEL

1.2 juta hektar tanah NCR disukat, lebih 875,000 diwartakan setakat Oktober

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

LUNDU: Seluas 1.2 juta hektar Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) berjaya disukat setakat bulan lalu menerusi Program Pengukuran Tanah NCR Inisiatif Baharu sejak tahun 2010.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, lebih 875,000 hektar tanah daripada jumlah yang telah disukat telah diwartakan.

Menerusi inisiatif baharu ini katanya, kerja-kerja penyukatan tanah NCR lebih pantas memandangkan kawasan tanah yang luas dan berselerak ini disukat menerusi dua fasa.

Fasa pertama melibatkan pengukuran perimeter dan pewartaan di bawah Seksyen 6 Kanun Tanah Negeri sebagai Rizab Komunal Bumiputera (Pertanian), manakala fasa kedua, ukuran lot individu dan pengeluaran hak milik tanah di bawah Seksyen 18 Kanun yang sama.

“Saya telah mengarahkan Jabatan Tanah dan Survei supaya tidak menumpukan kepada satu kawasan sahaja, tetapi dilakukan secara menyeluruh melibatkan seluruh negeri.

“Setakat ini, kita berjaya mengukur sekitar 1.2 juta hektar tanah NCR melalui inisiatif baharu ini setakat bulan lepas dan mewartakan lebih 875,000 hektar tanah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Penyerahan Warta Rizab Komunal Bumiputera Seksyen 6 Kanun Tanah Negeri dan Surat Hak Milik Tanah Seksyen 18 Kanun Tanah Negeri Bagi Daerah Lundu dan Sematan di Dewan Masyarakat Lundu, di sini, hari ini.

Beliau turut menegaskan bahawa kerja-kerja pengukuran ini tidak dilakukan sembarangan, sebaliknya melibatkan mereka yang berkenaan serta agensi yang berpengetahuan luas mengenai perkara tersebut.

Awang Tengah berucap pada Majlis Penyerahan Warta Rizab Komunal Bumiputera Seksyen 6 Kanun Tanah Negeri dan Surat Hak Milik Tanah Seksyen 18 Kanun Tanah Negeri Bagi Daerah Lundu dan Sematan di Dewan Masyarakat Lundu

LAIN-LAIN BERITA

Pelabuhan Bintulu peneraju pelabuhan Sarawak

KUCHING: Pelabuhan Bintulu adalah peneraju pelabuhan Sarawak, bukan sahaja dari segi eksport gas asli cecair (LNG) tetapi juga terminal eksport LNG terbesar di Asia Timur,

Edar syabu, lelaki warga asing dicekup

BINTULU: Seorang lelaki warga asing dicekup kerana disyaki terlibat dalam aktiviti pengedaran dan penagihan dadah, di kawasan Kemena di sini, pada Selasa. Ketua Polis Daerah

BERITA TERBARU

TYT Sarawak bulih gelar Pehin Sri

KUCHING: Tuai Pemegai Menua (TYT) Nengeri Sarawak, Tun Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar udah nerima Darjah Utama Yang Amat Mulia Satria Bintang Sarawak (S.B.S) ke

Pelabuhan Bintulu peneraju pelabuhan Sarawak

KUCHING: Pelabuhan Bintulu adalah peneraju pelabuhan Sarawak, bukan sahaja dari segi eksport gas asli cecair (LNG) tetapi juga terminal eksport LNG terbesar di Asia Timur,