1.5 juta permohonan i-Lestari KWSP

KUALA LUMPUR: Setakat 17 April, sebanyak 1.5 juta permohonan i-Lestari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) diluluskan, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Menurutnya, ia melibatkan pengeluaran sebanyak RM702 juta bagi Mei 2020.

Melalui permohonan yang dianggarkan berjumlah RM40 bilion, pencarum KWSP boleh memilih untuk mengeluarkan RM500 sebulan selama 12 bulan daripada Akaun 2 KWSP mereka bagi meringankan beban yang dihadapi.

Dalam perkongsian laporan kedua Pencapaian Prihatin – Laksana di laman Facebook beliau, Zafrul berkata, permohonan tersebut diharap dapat meringankan beban mereka semasa negara menghadapi kesulitan ekonomi disebabkan wabak Covid-19. – Bernama