1 Ramadan yang suram, Sarawak catat 607 kes

KUCHING: Hari pertama Ramadan di Sarawak agak suram apabila negeri ini mencatatkan sebanyak 607 kes baharu positif Covid-19, menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 20,959 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham dalam kenyataan di Facebook rasminya sebentar tadi menyenaraikan sejumlah 1,767 kes harian di seluruh negara hari ini dengan Sarawak sekali lagi merekodkan kes harian tertinggi.

Diikuti Selangor dengan 483 kes, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 133 kes dan Sabah 117 kes.

Suara Sarawak