ARTIKEL

Datuk Seri John Sikie Tayai (tiga dari kiri) menyempurnakan program Ekspresi Bulan Kebangsaan 2024 Peringkat Sarawak di Mydin Petra Jaya, di sini, hari ini.

1 Rumah 1 Jalur Gemilang, pupuk semangat kebangsaan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kempen 1 Rumah 1 Jalur Gemilang (1R1JG) diperkenalkan dan dilancar Kementerian Komunikasi merupakan satu simbolik bagi menggerakkan hati rakyat Malaysia.

Menteri di Jabatan Premier Sarawak Datuk Seri John Sikie Tayai berkata, ia khususnya untuk mengingatkan diri sendiri akan tanggungjawab menjaga dan memupuk semangat kebangsaan serta kesatuan dalam kepelbagaian.

Katanya, ia juga bertujuan untuk menggalakkan rakyat Malaysia agar
mengibarkan Jalur Gemilang di kawasan awam terutama di kediaman masing-masing.

“Besarlah harapan kita agar kempen sebegini akan mewujudkan komuniti setempat dan seluruh warga Sarawak
yang aktif dalam memupuk semangat kebangsaan melalui penglibatan dalam aktiviti kegiatan sosial dan patriotik,” katanya.

Tambahnya, semangat patriotisme yang teguh dan mantap amat diperlukan sebagai asas jati diri rakyat.

“Jika merujuk kepada ungkapan ‘ekspresi’ itu sendiri, ia membawa pengertian sebagai satu perlakuan menyatakan
atau tindakan meluahkan perkataan berkaitan perasaan berhubung sesuatu perkara.

“Dalam konteks ini, ia pastinya berdasarkan fokus jiwa patriotisme terutamanya pada Bulan Kebangsaan.

“Saya jelaskan lagi, ia bukan sekadar kata-kata, tetapi juga melalui setiap tindakan yang membabitkan aktiviti
serta program pemupukan jiwa sedemikian terutamanya yang dilaksanakan oleh JAPEN ketika ini,” ujarnya.

Sehubungan itu, kata Sikie, media sosial harus dimanfaatkan sepenuhnya dengan menyebarkan info dan maklumat berintikan patriotisme serta kenegaraan.

Tambahnya lagi, peranan sedemikian bukan hanya dipikul sendirian oleh pihak
kerajaan melalui agensinya terutama JAPEN, tetapi memerlukan gerakan semua rakyat bagi menyebar luas mesej tersebut.

Datuk Seri John Sikie Tayai (tiga kiri) mengibarkan Jalur Gemilang pada program Ekspresi Bulan Kebangsaan 2024 Peringkat Sarawak di Mydin Petra Jaya, di sini, hari ini.

BERITA LAIN

25 ekor lembu dikorban di Simunjan

SIMUNJAN : Sebanyak 25 ekor lembu dikorbankan sempena sambutan Hari Raya Korban Daerah Simunjan pada tahun ini. Dari jumlah tersebut, 19 ekor disumbangkan Ahli Dewan

BERITA TERBARU

Perdana Menteri China akan lawat Malaysia

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri China Li Qiang akan mengadakan lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia dari Selasa hingga 20 Jun. Ini merupakan lawatan pertamanya ke