KUCHING: Tarikh 1 Syawal di Malaysia hanya akan dikeluarkan secara sah oleh Gabungan Majlis Fatwa Negara, kata Datuk Abdul Rahman Junaidi.
Menteri Muda Hal Ehwal Islam itu menegaskan, berita mengenai 1 Syawal jatuh pada 21 April (Jumaat) hanya melibatkan negara-negara di kawasan Timur Tengah.
“Timur Tengah waktunya lebih awal daripada Malaysia, namun kita ada Majlis Gabungan Fatwa yang menentukan waktu untuk melihat anak bulan sama ada melalui kaedah rukyah (cerapan) atau hisab (kiraan),” katanya.
Laporan lanjut dapatkan akhbar Suara Sarawak hari ini atau langgan e-akhbar di https://stssapp.com/