ARTIKEL

10 acara berprestij bakal berlangsung sempena 60 tahun Sarawak Merdeka

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sambutan Hari Kemerdekaan Sarawak ke-60 yang akan berlangsung pada 22 Julai ini bakal disajikan dengan pelbagai aktiviti dan pameran berterusan sehingga 19 Ogos ini.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif, dan Seni Persembahan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, kira-kira 10 program utama telah disusun atur bagi persediaan menjelang sambutan hari bersejarah itu nanti dengan membabitkan empat bahagian utama iaitu Kuching, Sibu, Miri dan juga Lawas.

Antaranya ialah Pameran Digital 60 tahun Sarawak Merdeka, Konvoi Kembara Sarawak Merdeka, Majlis Kesyukuran Perdana 60 Tahun Sarawak Merdeka, Acara Perhimpunan dan Perarakan, Majlis penyampaian pingat peringatan jubli intan 2023, konsert rakyat, acara perarakan kapal berhias dan street parade.

“Kembara jelajah konvoi Sarawak merdeka telah bermula 28 Mei lalu dan pada masa sama jawatankuasa pameran juga telah bertindak.

“Kita sudah mengadakan perbincangan lanjut tentang lanjutan program-program sampingan serta laporan daripada jawatankuasa-jawatankuasa terlibat, setakat ini boleh dikatakan semuanya sedang berjalan dengan baik,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sambutan perayaan 60 tahun Sarawak Merdeka di Bangunan Baitulmakmur II, di sini, hari ini.

Bagi acara kemuncak katanya, program akan dimulakan dengan majlis kesyukuran perdana pada Jumaat (21 Julai) dan dijangka akan dihadiri oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan Premier, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

“Pada pagi kemuncak, acara perhimpunan dan perarakan akan diadakan bermula jam 8 pagi di padang merdeka dijangka disertai kira-kira 3,000 peserta,” katanya.

Selepas itu, upacara disambung dengan majlis penyampaian pingat peringatan jubli intan dengan melibatkan seramai 60 penerima pingat yang akan diadakan di Hotel Waterfront.

Karim menambah, program tumpuan iaitu konsert rakyat pula akan diadakan pada malam Sabtu (22 Julai) di Padang Merdeka bermula jam 7.15 malam.

Program tiga segmen akan menampilkan artis-artis tempatan seperti Masterpiece Band, Elizabeth Paya, Bob Yunus, Ng Chien Chien, Firdaus Materang, Carrie Geres, dan Ramles Walter.

“Segmen kedua akan menampilkan persembahan artis tempatan iaitu Floor 88, Dolla, Joe Flizzow, dan Dato Awie.

“Bukan itu sahaja, kita akan menampilkan kumpulan Ungu dari Indonesia bagi kemuncak konsert perdana,” katanya.

Acara kapal berhias pula akan disertai oleh 22 buah kapal pada 29 Julai di Tebingan Kuching bermula jam 7 malam.

Manakala acara Street Parade anjuran Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan diadakan di tiga bahagian.

Jelas Karim, yang pertama akan diadakan di Pusat Komersial Travillion, Kuching pada 5 Ogos diikuti 12 Ogos di Sibu dan terakhir dilaksanakan di Miri pada 19 Ogos 2023.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Presiden Rusia tawa perdamaian bersyarat kepada Ukraine

MOSCOW, Rusia: Presiden Rusia, Vladimir Putin, semalam mencadangkan perdamaian kepada Ukraine dengan menggariskan syarat-syarat Rusia untuk menamatkan serangan dan memulakan rundingan damai, lapor Agensi Anadolu