ARTIKEL

10 buah lagu didendangkan, termasuk lagu baharu – Afgan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Selepas enam tahun, selebriti dan penyanyi terkenal Indonesia, Afgan kembali ke Sarawak.

Kehadirannnya tidak mengecewakan apabila mendendangkan 10 buah lagu di Kuching Jazz 2022 untuk peminatnya di Bumi Kenyalang.

Afgan atau nama sebenarnya Afgansyah tidak melepaskan peluang untuk menampilkan persembahan bertenaga dan penuh cinta selama satu jam itu dengan lagu baharu.

Pelantun lagu Terima Kasih Cinta berusia 33 tahun itu turut mempersembahkan beberapa lagu popularnya seperti Percayalah, sebelum menutup sesinya dengan lagu Senada Asmara.

Afgan mempersembahkan 10 buah lagunya yang ditujukan khas buat peminatnya di Sarawak semasa Konsert Kuching Jazz 2022 di Kuching pada Sabtu

Dalam pada itu, beliau turut menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada peminatnya di Sarawak yang sentiasa menyokong sejak pertama kali melakukan persembahan di negeri ini pada 2016.

“Saya tidak pernah lupa memori semasa membuat persembahan di sini, kerana kamu semua telah membuatkan kehadiran saya sentiasa diterima dan dihargai.

“Terima kasih, terima kasih kerana masih menyokong saya sepanjang 15 tahun ini,” katanya.

Dirinya juga berharap agar diberi peluang untuk datang ke Sarawak untuk melakukan persembahan akan datang.

 

BERITA LAIN

MK Melugu ungguli anugerah TVPSS

SIMANGGANG: Sekolah-sekolah di Daerah Sri Aman mencatat pencapaian membanggakan apabila meraih pelbagai pengiktirafan pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Digital Peringkat Negeri Sarawak 2026 di Dewan

1,350 penerima darjah kebesaran Sarawak

KUCHING: Yang Dipertua Dewan Negara, Dato Awang Bemee Awang Ali Basah dan Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Azizah Nawawi mendahului penerima Darjah Kebesaran Negeri

BERITA TERBARU

Presiden El-Sisi Jemput Agong, PM Lawat Mesir

KUALA LUMPUR: Presiden Abdel Fattah El-Sisi menjemput Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim untuk melawat Mesir. Undangan itu turut dipanjangkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.