10 DANA KEKAYAAN BERDAULAT pelbagai negara global

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

BERIKUT ialah 10 Dana Kekayaan Berdaulat dengan jumlah dana tertinggi di dunia:

1 Dana Pencen Kerajaan Norway Global dioperasikan oleh Pengurusan Pelaburan Bank Norges di Oslo, Norway.

Dana ini diasaskan pada 1990. Aset semasa dana ini ialah A$1.37 trilion (RM6.18 trilion).

2 Perbadanan Pelaburan China (CIC) ditubuhkan pada 2007, dengan nilai keseluruhan AS$1.35 bilion (RM5.87 trilion).

CIC syarikat milik penuh kerajaan yang memperoleh pembiayaan menguruskan sebahagian daripada rizab pertukaran asing China.

3 Syarikat Pelaburan SAFE, China ditubuhkan pada 1997 dengan nilai keseluruhan dana ialah AS$1.01 trilion (RM4.56 trilion). Syarikat Pelaburan SAFE ialah anak syarikat Pentadbiran Pertukaran Asing China yang menguruskan rizab pertukaran asing negara.

4 Pelaburan Pihak Berkuasa Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu ditubuhkan pada 1976, dengan jumlah dana kini bernilai AS$853 bilion (RM3.85 trilion).

Pihak Berkuasa Pelaburan Abu Dhabi (ADIA) menerima sebahagian besar pembiayaannya daripada Syarikat Minyak Nasional Abu Dhabi dan anak-anak syarikatnya.

5 Pelaburan Pihak Berkuasa Kuwait ditubuhkan pada 1953, dengan nilai dananya sekarang ialah AS$803 bilion (RM3.62 bilion).

Dana ini merupakan pendapatan terkumpul daripada lebihan hasil minyak. Pelaburan Pihak Berkuasa Kuwait ini juga merupakan dana kekayaan negara yang pertama dan tertua di dunia.

6 Dana Pelaburan Awam (PIF), Arab Saudi diasaskan pada 1971. Aset Semasa PIF ialah AS$776 bilion (RM3.5 bilion).

7 GIC Private Limited, Singapura ditubuhkan pada 1981, dengan nilai dana sekarang ialah AS$690 bilion (RM3.11 trilion).

GIC bertanggungjawab menguruskan wang kerajaan Singapura dan Pihak Berkuasa Kewangan Singapura.

Dana ini terdiri daripada rizab pertukaran asing negara.

8 Portfolio Pelaburan Pihak Berkuasa Kewangan Hong Kong ditubuhkan pada 1993, dengan nilai dana sekarang ialah AS$514 bilion (RM2.31 bilion). Dana Hong Kong ini asalnya ditubuhkan pada 1935 melalui penggabungan Pejabat Dana Bursa dan Pesuruhjaya Perbankan.

9 Temasek Holdings atau Temasek ialah Dana Kekayaan Berdaulat Singapura diasaskan pada 1974. Aset semasa Temasek ialah AS$492 bilion (RM2.22 trilion).

10 Pelaburan Pihak Berkuasa Qatar (QIA) ditubuhkan pada 2005, dengan jumlah dana terkini ialah AS$475 bilion (RM2.14 trilion).

QIA diwujudkan untuk mengurus lebihan hasil daripada industri minyak dan gas asli negara itu mengikut nisbah.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berkaitan

Kuasa veto di PBB

KEGAGALAN Dewan Keselamatan PBB mengeluarkan kenyataan resolusi berkaitan Perang Israel-Palestin,

Segulai Sejalai

KEMBARA Kenali Borneo Yang di-Pertuan Agong dan rombongan 3-13 September

Lain-lain

Gibran di mata Prabowo

PEMILIHAN presiden (Pilpres) Indonesia berlangsung 14 Februari 2024. Sejumlah survei