ARTIKEL

SEPULUH orang barisan jelitawan di Sibu akan merebut gelaran Kumang Gawai Dayak Sibu 2024 pada malam 25 Mei ini.

10 gadis jelita rebut gelaran Kumang Gawai

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Seramai 10 gadis jelita merebut gelaran Kumang Gawai Dayak Sibu 2024 yang akan berlangsung sempena Majlis Makan Malam Mantar Gawai Dayak Peringkat Bahagian Sibu pada 25 Mei ini.

Peserta terpilih terdiri daripada Sylviana Rinya Galing, Suriana Abas, Nelly Mujan Rogelio, Clarissa Rinya Setian, Deirdre Serena Sendi Michael Remy, Bernardette Sumbang, Venneillise Lee, Cynthia Runai Simond, Manisha Vyonnie Gelebat dan Kartina Bagan.

Terdahulu, peringkat saringannya diadakan di Hotel Kingwood kelmarin dengan disertai 15 peserta.

Peserta dinilai melalui tiga kriteria iaitu kecantikan mewakili 50 peratus, bakat (30 peratus) dan keyakinan diri (20 peratus).

Juri jemputan yang menilai peserta iaitu Pengerusi Sarakup Indu Dayak Sarawak (SIDS) Angelyn Uchi Maseng, Timbalan Pengerusi Kesatuan Kebangsaan Dayak Sarawak (SDNU) Sibu Johnady Janton dan Ahli Majlis Perbandaran Sibu (MPS) Kaunselor Donna Petrus Ngelai.

Sementara itu, Kumang Gawai Dayak Sibu 2024 akan membawa pulang RM4,000 berserta mahkota, selempang, piala, hamper dan sijil penyertaan, manakala Lulong (naib johan) akan menerima RM3,000 berserta selempang, piala, hamper dan sijil penyertaan.

Selinggar Matahari (tempat ketiga) akan memenangi RM2,000 berserta selempang, piala, hamper dan sijil penyertaan.

Pemenang di tempat keempat hingga ke-10 masing-masing akan membawa pulang RM800 dan sijil penyertaan sebagai hadiah sagu hati.

Menteri Kerja Raya yang juga Ahli Parlimen Kapit Datuk Seri Alexander Nanta Linggi akan menjadi tetamu kehormat pada majlis tersebut yang akan bermula jam 7.00 malam

SEPULUH finalis pertandingan tersebut bergambar dengan jawatankuasa penganjur selepas dipilih layak untuk merebut Kumang Gawai Dayak Sibu 2024 pada malam 25 Mei ini.

BERITA LAIN

25 ekor lembu dikorban di Simunjan

SIMUNJAN : Sebanyak 25 ekor lembu dikorbankan sempena sambutan Hari Raya Korban Daerah Simunjan pada tahun ini. Dari jumlah tersebut, 19 ekor disumbangkan Ahli Dewan

BERITA TERBARU

Perdana Menteri China akan lawat Malaysia

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri China Li Qiang akan mengadakan lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia dari Selasa hingga 20 Jun. Ini merupakan lawatan pertamanya ke