10 IPT Borneo sertai persidangan perubatan Islam dalam talian

KOTA SAMARAHAN: 10 institusi pendidikan tinggi (IPT) di seluruh kepulauan Borneo menyertai Konferensi Antarabangsa Islam Borneo (Kaib) siri kedua pada Rabu lalu.

Program yang diadakan secara dalam talian melalui platform Zoom itu merupakan anjuran Pusat Pengembangan dan Penyelidikan Islam Borneo (PPIB) Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Sarawak.

Bermula seawal 9 pagi, ia bertemakan “Perubatan dan Rawatan Islam dalam Mendepani Pandemik Covid-19” dirasmikan oleh Rektor UiTM Cawangan Sarawak Profesor Datuk Dr. Jamil Hamali.

Menurut kenyataan UiTM Sarawak, antara yang menyertai ialah UiTM Sarawak, UiTM Sabah, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan Brunei, Universiti Sultan Sharif Ali Brunei dan Universitas Lambung Mangkurat Banjarmasin Indonesia.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 13 Mac 2021

Suara Sarawak