10 kawasan di Sibu diisytiharkan wabak rabies

KUCHING: Sebanyak 10 kawasan di Sibu diisytiharkan positif penyakit anjing gila atau rabies setakat ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Menurutnya, kawasan terbabit ialah Jalan Tunku Abdul Rahman, Lorong Permai Timur, Kampung Bahagia Jaya Teku, Sibujaya, Batu 1 / 2 Jalan Oya, Jalan Hua Kiew, Ulu Sungai Merah, Taman Sanhill Barat, Jalan Oya Lama dan Jalan Sentosa.

“Kesemua 10 kawasan tersebut berada dalam radius 10 kilometer (km) daripada dua kes rabies yang dilaporkan sebelum ini di Sibu.

“Setakat ini, sebanyak 64 kawasan di Sarawak diisytiharkan sebagai wabak rabies iaitu Kuching (tujuh), Sri Aman (lima), Sibu (dua), Miri (enam), Sarikei (lima), Kapit (satu), Bintulu (empat), Samarahan (empat), Betong (tiga), Serian (22) dan Mukah (lima) sejak Julai 2017,” katanya.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Menteri berkata demikian dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Suara Sarawak