10 keluarga di Betong terima sumbangan bakul makanan

BETONG: Sebanyak 10 keluarga dari lima perkampungan Melayu di Betong terpilih menerima sumbangan bakul makanan daripada syarikat HAPM Consultants Sdn. Bhd.

Menurut jurutera projek syarikat Stephen Jepeng Jikat, program sumbangan tersebut merupakan inisiatif di bawah tanggungjawab sosial korporat (CSR) Infaq Jumaat – Program Derma Mingguan.

“Untuk minggu ini kami berbesar hati berkongsi rezeki dengan 10 keluarga dari Kampung Hilir, Kampung Tengah, Kampung Masjid, Kampung Baru Hulu dan Kampung Baru Hilir.

“Kami berharap sumbangan ini sedikit sebanyak dapat digunakan untuk menampung keperluan harian semasa tempoh PKP,” katanya seusai program di Dewan Kampung Tengah Betong, hari ini.

Jelasnya, bantuan bakul makanan ini merupakan salah satu inisiatif keprihatinan syarikat dalam membantu meringankan beban penduduk yang terkesan akibat PKP.

Beliau dalam pada itu berterima kasih kepada para ketua kampung yang terlibat dalam memberi kerjasama dan sokongan padu kepada pihaknya.

HAPM Consultants Sdn Bhd. merupakan syarikat Jurutera Perunding Bebas (ICE) yang memantau projek Lebuh Raya Pan Borneo Pakej WPC05 – Batang Skrang ke Sungai Awik.

MURAH REZEKI… Salah seorang penerima sumbangan bantuan bakul makanan.

Suara Sarawak