ARTIKEL

10 malam terakhir

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

“YA Allah, sesungguhnya Engkaulah Tuhan Yang Maha Pengampun, yang suka mengampun, maka ampunilah aku,” begitulah maksud doa yang diajar Rasulullah SAW kepada Aisyah menunggu Lailatul Qadar, yang diriwayatkan alTirmidzi.

Menurut sarjana, pengertian doa ini membawa maksud jelas, bahawa antara hal penting diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada Saidatina Aisyah ialah agar Muslim sentiasa memohon keampunan Allah.

Justeru, memasuki 20 hari berpuasa, sekitar dua bilion Muslim di seluruh dunia, dianjur memperbanyak doa dan istighfar serta maghfirah sebagai keutamaan bagi memohon keampunan Allah SWT.

Antara doa lain dirafak Rasulullah SAW bermaksud: “Ya Allah, jadikan sebaik-baik umurku sebagai penghujungnya.

Dan jadikan sebaik-baik amalku sebagai penutupnya.

Dan jadikan sebaik-baik hariku ketika aku bertemu dengan-Mu kelak.” (dipetik daripada musannaf Ibn Abi Syaibah).

Di negara Muslim, serta umat Islam sebagai minoriti dari Eropah ke Barat, di India, Afrika dan negara bergolak seperti Palestin, umat Islam sangat memperhatikan keistimewaan dan pentingnya menghargai Lailatul Qadar walau dalam keadaan apa sekalipun situasinya.

IKTIKAF

Di Baitulmuqaddis misalnya, setiap tahun, 10 malam terakhir Ramadan menjadikan Masjid al-Aqsa meriah dengan iktikaf Muslim di situ sejak petang hingga subuh.

Baca lain  Hak warga media sebagai petugas barisan hadapan

Dari segi sirah, Baginda sendiri menunggu 10 malam terakhir Ramadan dengan memperbanyak amalan, beriktikaf dan mengejutkan ahli keluarga untuk bersama-sama melaksanakan ibadah sunat. Ini merupakan teladan dan sunah; dengan siang berpuasa, malamnya pula dihiasi amalan sunat dan sunah.

Mendapatkan Lailatul Qadar pada salah satu daripada 10 malam akhir, menjadi harapan insan yang cekal iktikaf di masjid dan bangun pada sepertiga malam.

Meyakini Allah SWT, sesungguhnya Dia menjanjikan kehadiran malam yang lebih baik daripada seribu bulan itu.

“Sesungguhnya kami telah menurunkan (al-Quran) pada Lailatul Qadar, dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan.

Pada malam itu, turun para malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan untuk mengatur semua urusan (takdir tahun berikutnya); sejahteralah malam (berkat) itu hingga terbit fajar!” (maksud al-Qadr: 1-5) Di seluruh dunia, di masjidmasjid, umat Islam yakin mendapatkan Lailatul Qadr; kebaikan malam yang bersamaan dengan 83 tahun empat bulan; malam terindah yang satu malamnya sahaja menyamai kebaikan seluruh umur individu.

INSPIRASI

Berdasarkan dalil dan nas, antara keistimewaan Lailatul Qadar menjadi inspirasi umat Muslim di seluruh dunia yang hanya berlaku pada satu malam pada Ramadan ialah; – para malaikat dan Jibril turun pada malam tersebut.

Baca lain  Pujuk rayu penipu

Imam Qurtubi berkata: “Mereka turun dari setiap langit dan Sidratul Muntaha ke langit dunia untuk mengaminkan doa orang yang memohon pada malam tersebut hingga fajar.

Para malaikat dan Jibril membawa rahmat dengan perintah Allah. mendapat keselamatan dan kebaikan semuanya tanpa sebarang kejahatan sehingga keluarnya fajar.

Justeru, selain beramal soleh, ulama menggalakkan kita bersedekah semampunya pada 10 malam akhir dengan andaian sedekah kita apabila sejalur dengan hadirnya Lailatul Qadar dapat menjadikan sedekah tersebut menyamai amalan 1,000 bulan.

Ulama membayangkan Lailatul Qadar sebagai malam yang bersih dan seolah-olah diterangi bulan, udaranya nyaman, tidak terlalu sejuk dan siangnya matahari terang tetapi tidak terlalu panas, dan ketenangan berterusan hingga pagi.

Sesungguhnya, 10 malam akhir itu sebagai kemuncak kepada perjuangan sebulan Ramadan itu sendiri; mendidik kesabaran dan menginsafi makna penderitaan orang lain, selain menjauhkan manusia daripada perbalahan dan sengketa dunia.

Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda: “Apabila seseorang kamu berpuasa, janganlah dia bercakap perkara yang kotor dan sia-sia, dilarang juga bertengkar dan memaki hamun.

Baca lain  Tidak menggambarkan keadaan sebenar di Sarawak

Apabila dia dimaki hamun oleh seseorang atau diajak bermusuhan, maka hendaklah dia berkata, “Sesungguhnya aku berpuasa hari ini”. (maksud hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

BERSIH JIWA

Amalan berpuasa menguji diri daripada rasa ujub dan riya’ sehingga kebersihan jiwa mampu membawa kita berjumpa Lailatul Qadar.

Justeru, “carilah Lailatul Qadar pada 10 malam terakhir.” (maksud hadis riwayat al-Bukhari) Menurut hadis riwayat Abu Daud, bagi yang mengerjakan solat berjemaah Isyak dan Subuh pada malam terakhir Ramadan, bahkan sudah dianggap mendapat sebahagian daripada yang dimaksudkan dengan menghidupkan Lailatul Qadar.

Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang mengerjakan solat Isyak dan Subuh secara berjemaah di masjid atau surau pada waktu malam, maka  dia juga telah menghidupkan seluruh malam itu.”

Mudah-mudahan dalam menghitung hari-hari terakhir Ramadan, dapat kita bermuhasabah dan merenung pengisian yang telah kita laksanakan sepanjang tempoh 19 hari berpuasa yang telah berlalu.

Jika di situ kita menyedari terdapat banyak kelemahan ketika menunaikan puasa sebelum ini, maka masih ada ruang untuk memperbaikinya pada 10 malam terakhir agar kita mampu mencapai kesempurnaan ibadah Rama

BERITA LAIN

Langit terbuka

MELETUSNYA Semeru di Jawa Timur dua hari lepas melimpahkan lahar sejuk di persekitaran, membawa hujan dan banjir sekitar Lembangan Sungai Regoyo. Pemindahan melibatkan 32 keluarga sekadar

Kenangan raya terkurung, terkejut

JIKA ditanya mengenai tempoh paling menyeronokkan menyambut Hari Raya Aidilfitri, sudah pasti kebanyakan kita akan memilih zaman kanak-kanak. Apa tidaknya, ketika itu kita tidak perlu

Raya terakhir kami?

SEMALAM ibu sahabat saya pergi di depan mata. Saya di sana, saya melihat bagaimana anaknya cuba menyelamatkan ibu mereka hingga ke titik terakhir. Namun, apabila

Obesiti selepas raya

PASTI ada yang kembali buncit pada hari raya kesembilan (hari ini), malah ada yang lebih besar kebuncitannya. Ia berpunca daripada pengambilan makanan berlebihan sejak raya

Jangka hayat, kematian semakin dekat

ADAKAH anda bersedia untuk mati? Adakah anda bersedia untuk meninggalkan legasi? Sekurang-kurangnya mendidik atau mempersiapkan pengganti untuk syarikat, pertubuhan dan sebagainya, termasuk dalam urusan pentadbiran.

Rayakan sebulan

HARI ini hari ketujuh kita menyambut Hari Raya Aidilfitri. Sik berasa, terutama bagi golongan muda. “Lom puas beraya, dah mula bersekolah.” Antara dialog yang kita

BERITA TERBARU