ARTIKEL

10 maut pesawat terhempas di Sudan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JUBA: Sebuah pesawat komersial terhempas pada Selasa malam di Sudan Selatan, mengakibatkan semua 10 penumpang maut, menurut Gabenor negeri Jonglei.

Mangsa termasuk lapan penumpang dan dua juruterbang.

Nahas berlaku ketika pesawat penerbangan South Supreme Airlines HK-4274 dalam perjalanan ke ibu negara Juba dari bandar Pieri di negeri Jonglei , kata Denay Jock Chagor.

“Doa kami bersama keluarga mangsa. Saya bagi pihak rakyat Jonglei dan negara, mengucapkan takziah kepada keluarga dan rakan mangsa.

“Berita kemalangan pesawat South Supreme Airlines yang berlaku pada 2 Mac 2021 kira-kira 5 petang di Pieri Airstrip ini sangat mengejutkan,” katanya dalam perutusan takziah dikeluarkan pejabatnya.

Menurut Pengarah Lapangan Terbang Antarabangsa Juba, Kur Kuol, kepada Agensi Anadolu, maklumat yang diterima melaporkan pesawat komersial itu terhempas di bandar Pieri, Jonglei ketika dalam penerbangan ke Juba.

Katanya, pesawat itu terhempas sejurus berlepas pada 5 petang waktu tempatan (1500GMT). Pesawat malang itu terhempas di wilayah yang tidak mempunyai rangkaian liputan, menyebabkan sukar untuk mengesahkan jumlah sebenar korban, tambahnya.

Syarikat penerbangan gagal dihubungi untuk mendapatkan komen mengenai kejadian itu.

Ini kejadian kedua membabitkan pesawat dikendalikan syarikat penerbangan wilayah.

Nahas pertama berlaku pada 2017, ketika pesawat South Supreme Airlines terbakar dan melakukan pendaratan cemas, tetapi tiada kematian dilaporkan.

LAIN-LAIN BERITA

Kod etika garis panduan pengamal media

JAKARTA: Kod etika yang dilancarkan hari ini menjadi petunjuk dan garis panduan bagi pengamal media menjalankan tugas mereka.  Presiden Ikatan Setiakawan Malaysia-Indonesia Ashwad Ismail berkata,

Houti serang dua kapal AS di Teluk Aden

Jurucakap pasukan Houthi pada Isnin, 19 Februari 2024, mendakwa pasukan mereka menyerang dua kapal AS di Teluk Aden. Salah satu serangan merosak kapal yang sedang

Parti Megawati sedia jadi pembangkang

JAKARTA: Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P) pada Khamis lalu, memberi isyarat ia mengambil peranan sebagai parti pembangkang kepada kerajaan masa depan, ketika calon presiden Prabowo

Mesir tolak penempatan penduduk Palestin

KAHERAH: Presiden Mesir, Abdel Fattah el-Sisi pada Sabtu dengan tegas menolak sebarang penempatan warga Palestin ke negara itu, satu pendirian yang disokong oleh masyarakat antarabangsa,

BERITA TERBARU

Azman Adnan, Ketua Pengarah Pendidikan baharu

PUTRAJAYA: Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (Sektor Operasi Sekolah), Azman Adnan, dilantik sebagai Ketua Pengarah Pendidikan yang baharu berkuat kuasa Selasa, demikian menurut Kementerian Pendidikan (KPM). Kementerian