Teruna berani buka perniagaan syarikat bukan bumiputera

Trending

10 menteri, 26 menteri muda Sarawak selesai angkat sumpah

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Seramai 10 menteri dan 26 menteri muda Kabinet Sarawak menerima watikah pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan masing-masing di hadapan Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud di DUN, malam ini.

Buat julung kalinya, istiadat tersebut berlangsung secara hibrid sebagai mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi mengelak penularan wabak Covid-19.

Acara rasmi bermula pada jam 8.50 malam itu menyaksikan majlis bermula dengan tiga Timbalan Ketua Menteri yang didahului oleh Datuk Amar Douglas Uggah Embas, diikuti Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Datuk Seri Dr Sim Kui Hian.

Turut mengangkat sumpah barisan menteri penuh iaitu Datuk Seri Fatimah Abdullah, Datuk Seri Dr. Stephen Rundi Utom, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah, Datuk Seri Lee Kim Shin, Datuk John Sikie Tayai, Datuk Julaihi Narawi dan Roland Sagah Wee Inn.

Daripada jumlah itu, 12 adalah muka baharu yang dilantik memegang jawatan menteri muda, manakala 24 lagi merupakan muka barisan kabinet sebelum ini.

Baca lain  Jaul dahului senarai penerima pingat kebesaran sempena Hari Jadi Ke-83 Yang Dipertua Negeri di Miri

Sementara 12 muka baharu menteri muda turut mengangkat sumpah ialah Datuk Juanda Jaya sebagai Menteri Muda Integriti dan Ombudsman; Jefferson Jamit Unyat sebagai Menteri Muda Undang-Undang dan Tanah Adat; Dr. Hazland Abang Hipni sebagai Menteri Muda Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar; Ir. Aidel Lariwoo dan Datuk Majang Renggi sebagai Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan; Michael Tiang Ming Tee sebagai Menteri Muda Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan; Martin Ben sebagai Menteri Muda Permodenan Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar; Datuk Henry Harry Jinep sebagai Menteri Muda Pengangkutan; Gerald Rentap dan Ripin Lamat sebagai Menteri Muda Belia, Sukan dan Pembangunan Keusahawanan; Mohamad Razi Sitam sebagai Menteri Muda Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti; dan Datuk Gerawat Gala sebagai Menteri Muda Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek.

Sementera menteri-menteri muda yang lain ialah Datuk Francis Harden Hollis, Datuk Dr. Jerip Susil, Datuk Liwan Lagang, Datuk Rosey Yunus, Datuk Len Talif Salleh, Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi, Datuk Dr. Abdul Rahman Ismail, Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, Dr. Annuar Rapa’ee, Datuk Dr. Malcolm Mussen Lamoh, Datuk Snowdan Lawan, Datuk Abdullah Saidol dan Datuk Sebastian Ting.

Baca lain  Bazar Lawas diisytiharkan kawasan wabak rabies baharu

Turut hadir, isteri Yang di-Pertua Toh Puan Datuk Patinggi Ragad Kurdi Taib; Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan isteri, Datuk Amar Juma’ani Tuanku Bujang; serta Speaker DUN Sarawak Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar.

Manakala terdahulu, Abang Johari telah mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri setelah mendapat mandat sendiri pada malam 18 Disember lalu.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

28 Mei 2023

Berita Terbaru