Trending

10 negara sah sertai kejohanan tarian naga, singa Asia keenam

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUALA LUMPUR: Sebanyak 10 negara mengesahkan penyertaan bagi merebut kejuaraan dalam Kejohanan Tarian Naga dan Singa Asia ke-6 yang berlangsung pada 25 hingga 30 Oktober ini di Stadium Tertutup Arena Johor Bahru. 

Setiausaha Agung Persekutuan Tarian Naga dan Singa Malaysia Yong Kheng Chien memaklumkan negara terlibat ialah Malaysia, China, Hong Kong, Taiwan, Macau, Filipina, Singapura, Thailand, Indonesia dan Vietnam. 
Beliau berkata mereka berentap menerusi 13 kategori yang dipertandingkan antaranya Tarian Gaya Bebas Singa Selatan, Tarian Gaya Wajib Singa Selatan, Tarian Gaya Bebas Singa Utara, Tarian Naga Gaya Bebas dan Tarian Halangan Singa Utara.

“Setakat ini, hanya lima negara sertai bawah kategori Tarian Singa Utara dan tujuh negara akan sertai Tarian Naga. Acara bagi Tarian Singa Selatan pula akan disertai semua negara,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Ibu Pejabat Persekutuan Tarian Naga dan Singa Malaysia baharu di Wisma Majlis Olimpik Malaysia. 

Kheng Chien berkata Malaysia akan diwakili Hong Teik Sports Club Dragon dan Lion Dance Troupe bagi kategori Tarian Singa Selatan, manakala Gao Feng Dragon, Lion Dance Sports Association dan Yahyaawal akan memasuki kategori Tarian Naga. 

Acara Tarian Singa Utara pula akan diwakili Golden Lion Sports Association. 

“Kita menyasarkan sekurang-kurangnya mampu memenangi dua pingat emas pada temasya dua tahun sekali ini,” katanya.  
– Bernama

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

7 December 2023

Berita Terbaru

KAEDAH PERANCANG KELUARGA

ISTILAH perancangan keluarga memiliki perbezaan pandangan dan keperluan untuk sesebuah