Restoran Puzzle saji pelbagai menu istimewa pakej bufet Ramadan

10 orang satu sesi

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
PENGASAS KPTC Stephen Onn Jenggieng (tengah) bersama-sama para pelatih.

PUSAT Latihan Prestasi Knight (KPTC) mengehadkan sepuluh orang dalam satu sesi latihan bersama-sama jurulatih sejak Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Pengasas KPTC merangkap jurulatih, Stephen Onn Jenggieng berkata, setakat ini, mereka mempunyai 60 orang peserta.
“Pelatih akan bersilih ganti untuk mengisi setiap slot latihan seperti tinju dan larian berhalangan.
“Setiap kelas latihan akan diadakan sebanyak tiga sesi,” katanya kepada arena Suara Sarawak.
Tambah Stephen, latihan di pusatnya lebih fokus kepada latihan individu dan bergantung kepada matlamat setiap pelatih.
Sementara itu, pusat latihan ini telah lama menangguhkan sesi latihan atlet tinju Sarawak kerana bimbang akan mengganggu latihan mereka kerana pusatnya dibuka kepada orang awam.
“Saya tidak mahu mengambil risiko terhadap atlet kita sekiranya terdapat masalah penularan wabak Covid-19 di pusat gimnasium saya kerana ia dibuka kepada orang awam.
“Namun, setiap orang awam yang berlatih di pusat saya wajib mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ketat seperti kesihatan, tidak pernah ke kawasan berisiko, bukan individu kategori berisiko dalam aplikasi Mysejahtera dan tidak pernah keluar daerah atau negeri.
“SOP ini wajib dipatuhi dan semasa dalam pusat latihan juga, pelatih dinasihatkan menjaga kebersihan diri serta melakukan sanitasi alat yang telah digunakan,” tegasnya.

E-Paper

20 Mac 2023

Latest News