ARTIKEL

10 pasukan berentap Pertandingan Pickleball Berpasukan Jemputan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Sepuluh pasukan akan beradu nasib bagi memburu kejuaraan dalam Pertandingan Pickleball Berpasukan Jemputan 2023 yang akan berlangsung di Dewan Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak pada Khamis ini.

Presiden Kelab Pickleball Blackcatz Kuching, Ahmad Rodzli Hashim memberitahu, pasukan terbabit diwakili pemain sekitar Kuching dan Kota Samarahan.

Menurutnya, tiga kategori dipertandingkan sehari pertandingan itu dijalankan iaitu bergu lelaki, bergu wanita dan beregu campuran.

“Kita menjangkakan saingan kali ini sengit kerana pasukan yang turut serta sudah mempersiapkan diri masing-masing,” ujar beliau kepada Arena Suara Sarawak.

Beliau menegaskan, hadiah istimewa menanti pemenang pada saingan kali ini.

“Juara akan menerima wang tunai RM500 berserta pingat. Naib juara akan membawa pulang wang tunai RM300 termasuk pingat.

“Berbanding wang tunai RM200 serta pingat untuk dua pasukan yang tewas di peringkat separuh akhir selaku pemenang tempat ketiga bersama,” tambah beliau lagi.

Pertandingan tersebut dianjur oleh Jabatan Belia Dan Sukan (JBS) Negeri Sarawak dengan kerjasama Kelab Pickleball Blackcatz, Kuching.

LAIN-LAIN BERITA

Harimau Malaya pindah kandang jika…

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) mempunyai perancangan sekiranya Stadium Nasional Bukit Jalil tidak bersedia untuk perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 antara Harimau

Pencarian bakat baharu di Betong

BETONG: Presiden Persatuan Bola Sepak Bahagian Betong (BDFA), Abang Suhordie Abang Zaini, menzahir ucapan terima kasih kepada pihak Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) Sarawak

BERITA TERBARU