KOTA SAMARAHAN: Seramai 10 pelajar dari Dun Muara Tuang yang memperoleh keputusan cemerlang dalam Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Peperiksaan Malaysia (STPM) menerima insentif kecemerlangan.
Daripada jumlah tersebut, lapan adalah pelajar SPM dan dua pelajar STPM masing-masing menerima insentif tunai sebanyak RM500.
Majlis penyerahan insentif telah disempurnakan Timbalan Pengerusi I Saberkas Cawangan Muara Tuang Yunus Johari mewakili Adun Muara Tuang Datuk Idris Buang di sini, hari ini.
Yunus ketika berucap berharap, pemberian insentif tersebut akan dapat menjadi pencetus semangat kesemua pelajar terbabit untuk terus cemerlang apabila melanjutkan pelajaran mereka selepas kelak.
“Kita juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Adun Muara Tuang atas keperihatin beliau dalam menyediakan insentif ini kepada pelajar,” ujar Yunus.
Kesemua pelajar terbabit dari Kampung Melayu, Kampung Empila dan Kampung Sungai Mata.