ARTIKEL

10 pemancing belum ditemui, Op Carilamat diaktifkan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Sarawak telah mengaktif operasi mencari dan menyelamat (Op Carilamat) bagi mengesan bot dan pemancing yang dilaporkan karam di perairan Pulau Satang pada jarak lebih kurang 2 batu nautika, hari ini.

Pengarah Maritim Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Zin Azman Md Yunus berkata, Maritime Rescue Sub Center (MRSC) Kuching telah mengaktifkan Op Carilamat setelah menerima laporan berhubung kejadian menerusi panggilan kecemasan kira-kira jam 12.22 tengah hari.

Katanya, Bot Penyelamat 8 yang sedang beroperasi di sekitar perairan Santubong telah diatur gerak ke lokasi kejadian yang berada 11 batu nautika dari Pulau Satang Besar.

“Pangkalan Hadapan Carilamat (PHC) telah ditubuhkan di Jeti Awam Telaga Air dan MRSC Kuching turut memaklumkan insiden kejadian kepada agensi sahabat serta menyalurkan maklumat kepada Ketua Kaum di Kampung Telaga Air.

“Sektor pencarian memfokuskan pencarian 2 batu nautika sehingga 20 batu nautika dari perairan Pulau Satang,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

MRSC Kuching mengkoordinasikan Op Carilamat bersama Pasukan Polis Marin (PPM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Zin Azman berkata, MRSC Kuching telah mengkoordinasikan Op Carilamat bersama Pasukan Polis Marin (PPM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dengan melibatkan 20 pegawai dan anggota petugas di lokasi kejadian.

Katanya, empat aset laut terlibat dalam operasi iaitu Penyelamat 8 Maritim Malaysia, dua buah aset PPM PSC 11 dan PA 1 serta sebuah aset JBPM.

Jelasnya, keadaan laut dan cuaca di lokasi kejadian sedikit bergelora dengan kelajuan angin 20 hingga 30 km/jam dan ketinggian ombak 1.5 hingga 2 meter.

Katanya, Op Carilamat telah ditangguhkan pada jam 6.30 petang setelah tiada sebarang petunjuk ditemui dan akan diteruskan semula pada jam 7.00 pagi esok.

Mangsa bot karam masih belum ditemui adalah Amri Abdullah, Mohd Asri Ibrahim, Muhammad Redzuan Rasul, Zaharudin Yusoff, Mohamad Fariz Azizan, Mohd Firdaus Bin Mohd Denan, Rais Yahya serta pembantu tekong bot, Awang Omar Bin Awang Hamsawi dan kapten bot, Baki.

Dalam pada itu, katanya, Maritim Malaysia menggesa komuniti maritim agar batalkan niat ke laut sekiranya cuaca buruk.

“Sekiranya keadaan mendesak untuk ke laut, utamakan keselamatan dengan sentiasa memakai jaket keselamatan memandangkan keadaan cuaca di laut pada masa ini kurang baik terutamanya musim Monsun Timur Laut bermula dari bulan Oktober 2021 hingga Mac 2022,” ujarnya.

Maritim Malaysia sentiasa mengalu-alukan maklumat daripada seluruh Komuniti Maritim untuk melaporkan sebarang kecemasan di laut secara terus ke talian MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Malaysia Negeri Sarawak ditalian 082-432544 yang beroperasi 24 jam.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha