10 penerjun bakal beraksi di Tokyo

PENGISYTIHARAN darurat di beberapa wilayah Jepun termasuk Tokyo berikutan peningkatan kes Covid-19 tidak menghalang semangat penerjun negara dalam misi merebut peluang terakhir ke temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 pada Julai depan.

Setiausaha Kehormat Persekutuan Renang Malaysia (MS) Mae Chan berkata 10 atlet yang telah disahkan negatif ujian calitan akan berlepas menyertai Kejohanan Piala Dunia Terjun FINA 2021 yang di jadual berlangsung di Pusat Akuatik Tokyo pada 1 hingga 6 Mei depan.

Katanya, MS menyasarkan dua hingga tiga lagi slot Olimpik mampu diraih atlet negara dengan saingan bagi acara 3 meter (m) papan anjal individu lelaki dan acara 3m papan anjal seirama wanita dijangka berlangsung sengit

.…Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 26 Apr 2021

Suara Sarawak