ARTIKEL

10 pesawat China ceroboh Selat Taiwan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

TAIPEI: Sekurang-kurangnya 10 pesawat China melintasi garisan median Selat Taiwan, sempadan tidak rasmi antara kedua-dua pihak, kata Kementerian Pertahanan Taiwan pada Sabtu ketika Beijing meneruskan aktiviti ketenteraannya berhampiran pulau itu, lapor Reuters.

Kementerian itu dalam laporan hariannya berkenaan aktiviti ketenteraan China berkata, sembilan jet pejuang China dan satu dron tentera melintasi garisan median dalam tempoh 24 jam hingga 6 pagi Sabtu.

Taiwan menghantar pesawat untuk memberi amaran kepada pesawat China dan ia dipantau oleh sistem peluru berpandu, kata kementerian itu.

China menuntut Taiwan sebagai wilayahnya sendiri meskipun mendapat bantahan daripada pulau itu.

Taiwan telah mengadu dalam beberapa tahun kebelakangan ini berkenaan misi hampir setiap hari oleh tentera udara China berhampiran pulau yang ditadbir secara demokrasi, kebiasaannya di bahagian barat daya zon pengenalan pertahanan udaranya.

Beijing mengancam tindak balas yang tidak ditentukan jika Presiden Taiwan Tsai Ing-wen, bertemu Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS), Kevin McCarthy.

Tsai dijangka bertemu dengannya di Los Angeles dalam perjalanan pulang ke Taipei bulan ini dari Amerika Tengah.

China mengadakan latihan ketenteraan di sekitar Taiwan pada Ogos tahun lalu selepas speaker ketika itu, Nancy Pelosi, melawat Taipei dan meneruskan aktiviti ketenteraan berhampiran Taiwan.

Pegawai Kanan Taiwan berkata minggu ini China tidak mungkin mengulangi latihan besar seperti itu, tetapi semua persiapan dibuat sekiranya China bertindak balas secara tidak rasional. 

BERITA LAIN

Empat maut dalam insiden tanah runtuh di Antipolo

MANILA: Kejadian tanah runtuh di bandar Antipolo, timur Manila meragut empat nyawa setakat ini, menurut jurucakap Pejabat Pengurusan Pengurangan Risiko Bencana Bandar Antipolo, Relly Bernardo

Budak 5 tahun dijangkiti selesema burung

PHNOM PENH: Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun dari Wilayah Takeo di selatan Kemboja disahkan dijangkiti selsema burung H5N1, menjadikan jumlah kes kepada tujuh sejak

Singapura benarkan 16 serangga dimakan

SINGAPURA: Agensi Makanan Singapura (SFA) pada Isnin telah meluluskan 16 spesies serangga untuk makanan manusia termasuk serangga tertentu seperti cengkerik, belalang juta, belalang, “mealworm”, ulat

BERITA TERBARU