ARTIKEL

Lakaran SIDC yang dijangka siap pada suku keempat 2026.

10 saintis SIDC luaskan kemahiran selama 12 bulan di Universiti Murdoch

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sepuluh saintis dari Pusat Penyakit Berjangkit Sarawak (SIDC) akan meluaskan kemahiran mereka melalui satu siri kursus latihan di Universiti Murdoch di Perth, Australia Barat.

‘Enabling Industrial Transformation in Sarawak Through Research Infrastructure Harmonisation Fellowships’ (Membolehkan Transformasi Perindustrian di Sarawak Melalui Penyelarasan Infrastruktur Penyelidikan) akan dijalankan selama 12 bulan di universiti tersebut dengan kerjasama SIDC, iaitu anak syarikat Majlis Penyelidikan dan Pembangunan Sarawak.

Australia Awards Fellowships, yang dibiayai oleh Jabatan Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan, direka bagi pemimpin baharu yang muncul dari negara membangun untuk melibatkan diri dalam kajian, penyelidikan dan pembangunan profesional di Australia dan rantau ini.

Inisiatif ini bertujuan untuk melengkapkan mereka supaya dapat menyumbang kepada pembangunan, kemakmuran dan daya tahan negara asal mereka.

“Pelaburan ini adalah bukti hubungan dua hala yang kukuh antara Australia dan Malaysia.

“‘Fellowships’ ini akan memperdalam kerjasama sedia ada dan membolehkan kedua-dua pihak berusaha ke arah penubuhan Pusat Penyelidikan dan Latihan Bersama Ali Wallace di sini di Murdoch,” kata Pengarah Bersekutu Pejabat Penyelidikan dan Inovasi Universiti Murdoch, Dr Sze How Bong dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, Profesor Peter Eastwood, berkata universiti itu komited untuk bekerjasama dengan Kerajaan Sarawak bagi memupuk generasi pemimpin akan datang melalui penyelidikan, kesarjanaan dan perkongsian ilmu.

“Anugerah ini akan menyokong pembangunan kapasiti melalui kerjasama penyelidikan, dan kami teruja untuk menjadi sebahagian daripada perjalanan ini bersama SIDC,” katanya.

Pengerusi SIDC yang juga Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Annuar Rapaee, menambah bahawa anugerah ini akan memberi peluang kepada rakyat Sarawak untuk mengikuti kemajuan baharu dalam sains dan teknologi, terutamanya yang menyediakan penjagaan kesihatan yang tepat.

BERITA LAIN

280 individu sertai Larian Amal Rakyat 2.0

KUCHING: Seramai 280 individu telah menyertai program Larian Amal Rakyat 2.0 yang berlangsung semalam. Program larian tersebut anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Sekolah

BERITA TERBARU

Faisal Halim ibarat pecahan yang hilang — Nidzam

KUALA LUMPUR: Suasana emosi menyelubungi bilik persalinan Selangor FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) apabila pemain sayap sensasinya Mohamad Faisal Abdul Halim menjejakkan kaki buat