ARTIKEL

100 anggota APMM ikuti latihan menembak pagi tadi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Seramai 100 orang pegawai dan anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia(APMM) Zon Maritim Bintulu mengikuti latihan menembak menggunakan Senjata Glock 19 bertempat di Lapang Sasar Ibu Pejabat Polis Daerah Bintulu, pagi tadi.

Menurut Timbalan Pengarah Zon Maritim(Operasi), Komander Maritim Effendy Mohamed Fadil, program julung kali diadakan pada tahun ini bertujuan menguji tahap kecekapan dan kemahiran anggota dalam mengendalikan senjata api yang sering digunakan semasa menjalankan operasi di laut.

Latihan itu, katanya, secara tidak langsung dapat meningkatkan disiplin serta rasa bertanggungjawab anggota ketika mengendalikan senjata semasa bertugas.

Selain pegawai dan anggota, latihan menembak tersebut turut disertai pegawai jabatan kerajaan dan agensi swasta termasuk media tempatan dengan objektif untuk mengeratkan hubungan dan menghargai kerjasama antara kedua-dua pihak selama ini.

Apa yang penting, tambahnya, ia dapat dijadikan sebagai medium terbaik bagi memperkenalkan fungsi dan peranan Maritim Malaysia kepada orang ramai.

Antara pengisian program sehari ini adalah sesibtaklimat dan latihan praktikal mengenai tatacara dan aspek keselamatan pengenalan senjata api dengan betul.

Effendy, dalam pada itu, berkata Maritim Malaysia sentiasa mengalu-alukan maklumat daripada komuniti Maritim untuk melaporkan sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang secara terus ke talian hotline 24 jam Pusat Operasi Maritim Zon Maritim Bintulu di talian 086-314254.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha