
KUCHING: Seramai 100 orang daripada Asnaf Saudara Kita menerima sumbangan daging korban dalam Majlis Qurban Perdana sempena sambutan Aidiladha, hari ini.
Dianjurkan Majlis Islam Sarawak bertempat di Dewan Hikmah di sini, penyerahan sumbangan disempurnakan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Openg.
Program dimulakan dengan bacaan doa serta simbolik penyembelihan korban di perkarangan Dewan Hikmah.
Hadir sama Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Datuk Julaihi Narawi; Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi; Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Kerajaan Negeri-Persekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali; pemangku Setiausaha Kerajaan Sarawak Dato Sri Mohamad Abu Bakar Marzuki; Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak Datu Misnu Taha dan Mufti Negeri Sarawak Datu Kipli Yassin.