ARTIKEL

100 gajah mati akibat kemarau

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

HARARE: Sekurang-kurangnya 100 ekor gajah mati di Taman Negara Hwange di Zimbabwe akibat kemarau yang disebabkan oleh El Nino, kata kumpulan kebajikan dan pemuliharaan haiwan antarabangsa pada Isnin.

Menurut kenyataan Dana Antarabangsa bagi Kebajikan Haiwan (IFAW), El Nino berterusan mengakibatkan hujan lewat lima minggu di taman hidupan liar terbesar yang menempatkan kira-kira 45,000 gajah di Zimbabwe.

“Sekurang-kurangnya 100 ekor gajah dilaporkan mati akibat kekurangan air,” katanya.

Organisasi itu berkata, sebanyak 104 telaga tiub berkuasa solar di taman itu tidak mampu memenuhi keperluan hidupan liar yang terpaksa berjalan jauh untuk mencari makanan dan air. – Bernama 

LAIN-LAIN BERITA

BERITA TERBARU

Sarawak berada di depan transformasi digital

SEPANYOL: Sarawak berada di barisan hadapan dalam transformasi digital sekali gus memanfaatkan teknologi untuk memacu inovasi dan produktiviti merentasi pelbagai industri. Menurut Menteri Utiliti dan