100 jawatan kosong dalam Program Jelajah ‘Jom Kerja’ di Kanowit

MUKAH: Berita baik kepada semua warga Kanowit yang sedang mencari pekerjaan, sebanyak lebih 100 kekosongan pekerjaan perlu diisi semasa Program Jelajah ‘Jom Kerja’ yang dianjurkan oleh Eargle Hr Management Sdn Bhd pada 21 hingga 22 September ini.

Sesi temuduga terbuka akan diadakan khas bermula pada jam 8 pagi sehingga 5 petang yang diadakan serentak di tiga lokasi berbeza di Kanowit.

Temuduga terbuka tersebut akan diadakan di Dewan KDC, Dewan Datuk Aaron dan Dewan Penghulu Seribu Tada.

Orang ramai yang ingin hadir menghadiri temuduga terbuka ini perlu membawa salinan kad pengenalan, berpakaian kemas, dan bersiap sedia sepenuhnya untuk ditemuduga.

Program temuduga terbuka ini merupakan antara satu program jelajah ‘Jom Kerja’ yang dilakukan oleh Eargle Hr Management Sdn Bhd untuk memberi peluang, medium dan ruang khas kepada belia-belia yang ingin mencari pekerjaan dalam pelbagai bidang yang ingin mereka ceburi.

Menerusi temuduga ini juga objektif utama Eargle Hr Management Sdn Bhd adalah untuk mengurangkan kadar pengangguran yang berlaku di dalam negara kini.

Eargle Hr Management Sdn Bhd berperanan menjadi agensi utama dalam mencari pekerja kepada mana-mana syarikat yang ada di seluruh Malaysia yang mempunyai kekosongan pekerjaan dan tenaga kerja.

Ini peluang terbaik untuk semua masyarakat Kanowit dan kawasan sekitar untuk datang dan merasai sendiri pengalaman mencari kerja dan ditemuduga oleh beberapa syarikat berkaitan.

Untuk maklumat lanjut mengenai temuduga terbuka ini boleh hubungi Tiara (0146836773), Arif (0148913262) dan Fitri (0178589715).

Suara Sarawak