ARTIKEL

Razi (duduk depan, dua kiri) bergambar bersama Dr Ameer (duduk depan, dua kanan) dan hadirin ketika menyempurnakan Program Amal CSR Gawai Mydin & TVS di MYDIN Petra Jaya hari ini. | Foto: Ghazali Bujang

100 keluarga B40 terima bantuan CSR MYDIN bersama TVS sempena Gawai

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seramai 100 keluarga dalam kalangan B40 menerima bantuan daripada Mydin Mohamed Holdings Bhd (MYDIN) dengan kolaborasi bersama TVS sempena Hari Gawai yang bakal tiba tidak lama lagi.

Bantuan membabitkan keperluan dapur bernilai RM100 serta baucar tunai MYDIN bernilai RM200 bertujuan meringankan beban perbelanjaan golongan sasar.

Dr Ameer Ali Mydin (kanan) memberi penerangan tentang paket barangan jualan amal kepada Razi (dua kanan) pada Program Amal CSR Gawai Mydin dan TVS di MYDIN Petra Jaya, hari ini. | Foto: Ghazali Bujang

Program tersebut disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Mohamad Razi Sitam.

Razi, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas, berkata inisiatif yang dilaksanakan oleh pihak MYDIN menerusi MYDIN Prihatin ini merupakan satu usaha yang terpuji.

“Melalui bantuan ini, sedikit sebanyak dapat meringankan beban bagi penerima untuk persiapan menyambut Hari Gawai di Sarawak pada 1 Jun yang akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Amal Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Gawai Mydin dan TVS di MYDIN Petra Jaya di sini, hari ini.

Pengarah Urusan MYDIN, Datuk Wira Dr Ameer Ali Mydin, berkata dana yang disalurkan merupakan usaha sama antara MYDIN dengan rakan pembekal.

“Inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) ini telah bermula sejak tahun 2019, dan lebih 100,000 individu di seluruh negara telah menerima manfaat daripada aktiviti kebajikan ini.

“Setiap pembelian barangan jenama terlibat, sejumlah kutipan akan disalurkan ke MYDIN Prihatin bagi menggerakkan program bantuan komuniti seperti ini,” katanya.

Melalui kolaborasi tersebut, TVS memainkan peranan sebagai rakan media MYDIN dalam usaha memperkasakan program seumpama ini untuk MYDIN Prihatin di negeri Sarawak menerusi badan kebajikannya, iaitu TVS Prihatin.

Pada masa sama, Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS) turut membantu menghimpunkan para penerima sumbangan dalam program amal tersebut.

JKMS juga berharap agar lebih banyak program seumpamanya dianjurkan oleh MYDIN dan TVS pada masa akan datang.

Orang ramai boleh mengunjungi laman media sosial atau laman sesawang rasmi MYDIN Malaysia di www.mydin.my untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai inisiatif MYDIN Prihatin. — Elisa Racheal

BERITA LAIN

Lebih 960 spesies kupu-kupu ditemukan di Borneo

KOTA KINABALU: Lebih 960 spesies kupu-kupu ditemukan di Borneo dan 81 daripada spesies berkenaan ialah endemik, kata Timbalan Ketua Konservator (Penyelidikan dan Pembangunan) Dr Arthur Y.C

BERITA TERBARU