Restoran Puzzle saji pelbagai menu istimewa pakej bufet Ramadan

100 negara mansuhkan hukuman mati

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Gambar hiasan

BARU-BARU ini Kerajaan Persekutuan mengumumkan bersetuju memansuhkan hukuman mati kepada hukuman alternatif tertakluk kepada budi bicara mahkamah.

Di negara ini terdapat 11 kesalahan melibatkan hukuman mandatori iaitu sembilan di bawah Kanun Keseksaan dan dua Akta Senjata Api.

Antara contoh seksyen yang sering dibicarakan di mahkamah yang melibatkan hukuman mati mandatori adalah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 iaitu kesalahan mengedar dadah.

Manakala, Seksyen 302 Kanun Keseksaan melibatkan pesalah membunuh secara sengaja.

Selain daripada pemilikan senjata api di bawah Seksyen 7 Akta Senjata Api (penalti lebih berat) 1971.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, pindaan tersebut bakal dibawa ke Dewan Rakyat pada Oktober depan dan menjangkakan selesai sepenuhnya pada awal tahun 2023.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan sebelum pindaan tersebut dibawa ke Dewan Rakyat, kerajaan akan melaksanakan pungutan suara bagi mendapatkan respons orang ramai.

Sekiranya didapati terdapat tentangan hebat daripada pungutan suara tersebut, pindaan tersebut akan dirujuk kembali kepada jemaah menteri.

Jika kita melihat statistik pemansuhan hukuman mati di dunia, sebanyak 100 negara secara rasmi memansuhkan hukuman mati terhadap semua jenayah.

Daripada jumlah itu, separuh daripadanya melibatkan negara Eropah dan Asia Tengah. Di Amerika Syarikat, Virginia menjadi negeri ke-23 di negara terbabit memansuhkan hukuman mati mandatori.

Manakala, di Afrika lebih 30 buah negaranya masih melaksanakan hukuman mati berdasarkan piagam perundangan dan kurang daripada separuh kesemua negara terbabit melaksanakan hukuman mati.

Menurut Amnesty International, sekurang-kurangnya 483 hukuman mati dilaksanakan di 18 negara pada 2020.

Di Malaysia, seramai 1,359 banduan yang menunggu untuk digantung sampai mati sejak 2018.

Jika kita melihat balik undang-undang yang dikenakan untuk hukuman mati mandatori yang paling popular di negara sekarang ialah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 iaitu kesalahan mengedar dadah.

Bagi kesalahan tersebut, mungkin peluang kedua diberikan bagi kesalahan mengedar dadah dapat dipertimbangkan dengan menjatuhkan hukuman berat seperti penjara seumur hidup dan sebatan.

Bagaimanapun, harus kita ingat Malaysia diberi jolokan negara transit bagi aktiviti pengedaran dadah kerana sifat geografi negara berdekatan dengan tiga segi maut sehinggakan rakyat Malaysia yang ingin ke luar negara terpaksa menjalani pemeriksaan kastam dan imigresen yang begitu ketat.

Pada masa itu, keputusan Kerajaan Malaysia melaksanakan Akta Dadah Berbahaya yang mengenakan hukuman gantung sampai mati terhadap pengedar dadah dilihat rasional bagi memulihkan semula imej negara.

Selain itu, bagi kesalahan bunuh dengan sengaja pastinya dilihat tidak adil buat keluarga mangsa walaupun pejuang hak keadilan bagi hukuman mati pembunuh menuntut pemansuhan hukuman itu, ini kerana ia di lihat tiada peluang kedua untuk mangsa kembali dan mengambil kira trauma yang dialami ahli keluarga.

Manakala, jenayah seludup, membuat dan memiliki senjata api merupakan ancaman kepada keselamatan negara, dan bagi mengelakkan ia berleluasa dan sebagai pengajaran hukuman mati harus diteruskan seperti termaktub dalam Akta Senjata Api (penalti lebih berat) 1971.

Oleh itu, pemansuhan hukuman mati ini memerlukan penelitian sewajarnya dan mengambil kira suara daripada semua pihak khususnya rakyat di negara ini.

Selain daripada itu, seandainya pemansuhan hukuman itu nanti, dan hakim mahkamah diberi kuasa pertimbangan pastinya cabaran besar buat mereka.

Ini kerana, penelitian dan pemeriksaan yang rapi dan lebih perlu dijalankan bagi membuktikan niat seseorang itu melakukan jenayah, tahap keseriusan jenayah yang dilakukan dan sebagainya.

Seandainya ia dilihat tidak adil bagi kepentingan awam, pastinya institusi kehakiman negara akan dipertikaikan dan diragui.

Selain daripada itu, ia juga akan menjadi beban kerajaan kerana perlu menampung kos banduan bagi kesalahan berat dan dipenjarakan seumur hidup.

Banjiran banduan mungkin akan terjadi bagi pesalah berat seandainya hukuman ini dimansuhkan.

Secara kesimpulannya, hukuman mati ini masih lagi diperingkat awal dan pastinya kerajaan kita akan mengambil kira segala kepentingan sebelum melaksanakan pindaan terbabit.

Berita Berkaitan

Elak pembaziran

MASYARAKAT Islam bakal menyambut bulan Ramadan AlMubarak dalam masa terdekat,

E-Paper

22 Mac 2023

Berita Terbaru

Ubah status maklumat

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden menandatangani rang undangundang