ARTIKEL

Pelajar yang menyertai Klinik Penggalakan Sukan Frisbee 1M1S 2024, semalam.

100 pelajar dari 22 sekolah di Sibu sertai Klinik Penggalakan Sukan Frisbee 1Murid 1Sukan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Seramai 100 pelajar dari 22 sekolah menengah di Sibu menyertai Klinik Penggalakan Sukan Frisbee 1Murid 1Sukan (1M1S) 2024, di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sacred Heart Sibu, semalam.

Jurulatih utamanya, Ismandi Dillah berkata, klinik seperti ini membantu memberi pendedahan sekali gus menambah minat kepada pelajar berkaitan sukan Frisbee.

“Ini sejajar harapan dan matlamat Kementerian Pendidikan (KPM) dalam 1M1S untuk memastikan seorang pelajar sekurang-kurangnya mahir dan terlibat dalam satu sukan.

“Semasa klinik ini dilaksanakan, pelajar didedahkan secara teori berkenaan pengenalan, peraturan serta kemahiran asas dalam sukan Frisbee,” katanya kepada Suara Sarawak.

Mengulas lanjut, katanya pelajar turut mempraktikkan kemahiran asas yang dipelajari dalam perlawanan kecil yang diadakan pada akhir klinik tersebut.

Ujarnya, ini bagi memastikan mereka mengaplikasi kemahiran dan teori yang dipelajari sepanjang klinik diadakan.

Sehubungan itu, beliau memberitahu, klinik yang sama diadakan di Mukah pada tahun lalu dan ia tidak dilaksanakan pada tahun ini.

“Ini kerana, matlamat Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS) ingin memastikan semua bahagian di Sarawak mendapat pendedahan sukan Frisbee.

“Tahun ini juga, saya membawa pasukan Mukah mewakili Sarawak ke Kejohanan Sukan Perpaduan Ultimate Frisbee Peringkat Kebangsaan di Alor Setar, Kedah pada 15 hingga 19 Julai depan,” jelasnya.

Ismandi (kanan) menunjukkan cara bermain Frisbee semasa klinik tersebut.

Dalam pada itu, beliau berharap sukan ini terus diminati oleh pelajar dengan kerjasama guru di sekolah masing-masing.

Terdahulu, pelajar yang menyertai Klinik Penggalakan Sukan Frisbee 1M1S 2024 merupakan tingkatan satu hingga tiga dan seramai 22 guru terlibat.

BERITA LAIN

Service Sarawak permudah urusan rakyat

BETONG: Sarawak mengwujudkan Service Sarawak untuk memudahkan masyarakat setempat menerima pelbagai perkhidmatan kerajaan. Pelaksanaan Service Sarawak berlandaskan konsep “One Government at Your Service” di mana

Hentikan sikap buang sampah dalam sungai

KUCHING: Masyarakat setempat di sekitar Sungai Sut digesa memantau dan menghentikan aktiviti pembuangan sampah yang mampu mencemarkan sungai dan alam sekitar. ADUN Pelagus Wilson Nyabong

Douglas Uggah terima dua kunjungan hormat

KUCHING: Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah Embas menerima dua kunjungan hormat di Wisma Bapa Malaysia di sini, semalam. Kunjungan yang pertama adalah daripada Konsulat

BERITA TERBARU

PERKESO lancar operasi kesan majikan besar-besaran

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) melancarkan Operasi Pengesanan Majikan (Ops Kesan) Peringkat Kebangsaan 2024 secara serentak melibatkan 54 pejabat PERKESO di seluruh negara, semalam.