ARTIKEL

100 pemain Serian rebut tempat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SESI pemilihan pemain untuk pembentukan pasukan Bahagian Serian bagi menghadapi Liga Bola Sepak Bawah 25 Tahun, Perbadanan Sukan Sarawak (PSS)/Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) 2021 yang akan berlangsung pada pertengahan Mac ini mendapat sambutan hangat.

Sekitar seratus pemain hadir mengikuti sesi pemilihan yang berlangsung di Stadium Mini Serian semalam.

Pemilihan yang bermula pada jam 2.00 hingga 4.00 petang itu dikendalikan oleh jurulatih berpengalaman luas, Makri Lonchen.

Presiden Persatuan Bola Sepak Bahagian Serian (SFA), Phillip Jabu memberitahu, proses pemilihan mengikut prosedur operasi standard (SOP).

“Pemain mematuhi SOP ditetapkan, suhu badan diperiksa, memastikan penjarakan fizikal dan menggunakan pelitup muka,” ujar Phillip kepada arena Suara Sarawak.

Phillip menjelaskan, maklumat daripada Makri menunjukkan terdapat ramai pemain muda berpotensi.

“Kami akan membuat pemantauan melalui jawatankuasa khas, dan senarai penuh pasukan akan diumumkan kelak,” ujarnya.

Kejohanan berprestij itu akan disertai pasukan dari seluruh Sarawak. Ia merupakan sebahagian daripada program FAS bagi mengenal pasti pemain berbakat untuk diserapkan ke dalam pasukan utama, Piala Presiden mahupun Piala Belia.

BERITA LAIN

Malaysia langkah kanan, tuai dua pingat gangsa

PETALING JAYA: Malaysia memulakan kempen Kejohanan Tenpin Boling Remaja Asia ke-23 dengan langkah positif selepas menuai dua pingat gangsa pada hari pertama saingan yang berlangsung

BERITA TERBARU