ARTIKEL

10,000 bakal sertai Sungkei Perdana di Sibu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

SIBU: Dianggarkan kira-kira 10,000 penduduk dari pelbagai kaum dan agama akan menyertai program Sungkei Perdana di Dataran Tun Tuanku Bujang Fasa 1 di sini pada Sabtu ini (23 Mac), jam 6.44 petang (waktu berbuka).

Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat I Datuk Dr Annuar Rapaee berkata, program tahunan itu kali ini dianjurkan oleh Pemuda dan Belia 1828 Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Nangka.

Rentetan itu, beliau menjemput masyarakat bukan Islam dan Islam di sini untuk bersama-sama menyertai program tersebut seperti tahun-tahun sebelumnya.

“Sungkei Perdana ini atau lebih dikenali sebagai majlis berbuka puasa beramai-ramai secara santai ala ‘potluck’ ini sangat sinonim di Sibu.
“Ia juga adalah ciri utama perpaduan kaum dan keharmonian agama di Sarawak, khususnya di Sibu,” katanya di sini, semalam.

ADUN Nangka itu turut memberitahu bahawa sempena program tersebut akan diadakan solat Magrib di dataran dan pertandingan meriam buluh anjuran Pemuda dan Belia 1828 PBB Nangka.
Dr Annuar berkata, persiapan telah dimulakan lebih awal sambil berharap cuaca baik pada masa itu agar lebih ramai orang dapat mengambil bahagian.

BERITA LAIN

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,

Stadium mini Sambir lengkap lampu limpah

ASAJAYA: Kejohanan Piala Perpaduan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asajaya Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah dijangka berlangsung berlainan iaitu dimainkan pada sebelah malam. Itu

BERITA TERBARU